Bapa berkorban dodoikan sebelah tang4n dal4m kereta, Anak mer4gam sepanjang lebuh raya s4mpai mukaPucat

 

Bella berkongsi pengalamannya bersama suami membuaikan anak dalam kereta.

RAGAM anak kecil yang kuat menangls sememangnya menjadi dugaan buat pasangan yang baru berkahwin.

Begitulah yang dialami suami isteri ini apabila terpksa memasang buaian untuk menidurkan anak mereka di dalam kereta yang sedang bergerak.

Video di aplikasi TlkT0k yang meraih Iebih 600,000 tontonan itu menunjukkan si bapa di tempat duduk penumpang belakang mengayunkan buaian menggunakan sebelah tangan.

 

@bellazzim9697bila mana anak mmg tak boleh pisah dengan buai… kena lah ayah jadikan tongkat untuk sangkut buai😂

♬ original sound – Bellaazzim

Si ibu, Nurul Nabilah Norizan berkata, vide0 tersebut sebenarnya merupakan rakaman pada 2019 dan barn dikongsi semula di aplikasi TlkT0k sehingga menjadi tular.

Wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, dia dan suami bersama ibu bapa mentua dalam perjalanan dari Kuala Nerang di Padang Terap, Kedah ke rumahnya di Semenyih, Selangor melalui Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

“Video tu saya baru habis berpantang selepas bersalin cahaya mata perempuan sulung pada Ogos 2019. Anak perempuan saya masa tu baru berusia 47 hari, sekarang dah dua tahun.

“Suami tk boleh memandu sebab kecderaan kaki akibat kemlangan jalan raya awal tahun, jadi bapa mentua datang jemput dan bawa kami balik ke Selangor,” katanya kepada mStar.

Bella (belakang, kiri) dan suami (belakang, kanan) bersama ibu bapa mentuanya dalam perjalanan dari Kedah ke Selangor.

Lebih mesra disapa Bella, katanya, mereka sebelum itu berhenti di salah satu hentian untuk menunaikan solat dan mendodoikan anak menggunakan buaian di sebuah pondok rehat.

“Bila sambung perjalanan, anak terjaga dan menangis. Anak saya menangis tak berhenti sampai mukanya pucat kebiruan. Kami pasang buaian dalam kereta untuk tidurkan dia.

Kami guna tongkat antara tempat duduk belakang dan tempat duduk pemandu untuk gantung kain buaian. Suami ayun tongkat untuk tidurkan anak menggunakan sebelah tangan.

“Saya dan bapa mentua pula masing-masing pegang hujung tongkat supaya kedudukannya tdak berubah sepanjang perjalanan,” ujarnya yang berasal dari Kuala Nerang.

Sempat menidurkan anak di sebuah pondok rehat dekat hentian di lebuh raya.

Menurut Bella, pada masa itu mereka terprangkap dalam kesesakan lalu lintas di lebuh raya berikutan orang ramai pulang ke arah Kuala Lumpur selepas cuti sekolah.

“Highway memang sesak. Ingatkan nak berhenti di kawasan R&R (Rehat dan Rawat) seterusnya tapi terpaksa meneruskan perjalanan sebab di R&R pun sesak.

“Dengan cuaca hujan lebat lagi. Lebih tiga jam juga anak tidur dalam buaian tu. Saya dan suami bergilir-gilir memastikan kedudukan tongkat tidak berubah,” tambahnya.

Anak perempuan Bella kini berusia dua tahun.

Dalam pada itu, pekerja teknologi maklumat (IT) tersebut menjelaskan bahawa buaian itu merupakan jalan terakhir bagi menangani masalah sawan tangis yang dialami anaknya.

“Ada netlzen persoalkan kenapa manjakan anak tidur dalam buaian. Sebenarnya masa saya mengandung, kami tk beli pun buaian sehingga dia menangls tk berhenti selepas dilahirkan.

“Anak kenaSawan tangls sepanjang perjalanan, tkkan kami tak lakukan sesuatu? Kami dah cuba macam-macam cara tapi masih tak dapat selesaikan. Jadi, buaian adalah jalan terbaik,” ujarnya sambil menegaskan keadaan berlaku di luar kawalan.

Bella (duduk) bersama suami dan anak.

Bella berkata, suami dan bapa mentuanya mengalami lenguh di sebelah tangan gara-gara memegang kotak berkenaan dengan sebelah tangan terlalu lama.

“Sejak sebelum kahwin suami selalu bersenam di gim sehinggalah terbabit denganKemalangan. Jadi masa ayunkan buaian anak tu ibarat bersenam dalam gim bergerak.

“Esoknya kami terus beli tiang beroda untuk mudahkan pemasangan buaian. Anak tidur dalam buaian sampai usianya enam bulan,” katanya.

Sumber : Mstar

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.