Dituduh pak4i kereta pun kereta pinj4m, IeIaki tunjuk duit RM1.4 jut4 bersusun dal4m almari

Tindakan seorang lelaki ‘menayang’ sejumlah koleksi wang miliknya yang disimpan di dalam sebuah almari mengundang perhatian warganet di media sosial.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Seorang pengguna laman Twitter, @theblacktopguy berkongsi satu video daripada TikTok lelaki berkenaan yang melabel tindakan menunjuk-nunjuk itu tiada ‘class’ dan terlalu tipikal meskipun bergelar orang kaya.

“Most rich Malays have no class at all. Banyak cara lain yang lebih berhemah dan professional untuk counter soalan tu tapi cara ni juga dia nak.
“Typical rich Malays… well… bukan benda baru. Pernah tengok Jeff Bezos, Bill Gates, Mark Zuckerberg dan lain-lain buat macam ni?,” tulisnya.

Menerusi video berdurasi 23 saat itu, difahamkan lelaki terbabit bertindak demikian sebagai respon kepada salah seorang pengikut di TikTok yang menuduh dirinya hanya memiliki kereta pinjam.

Seolah-olah kecewa dengan dakwaan tanpa usul periksa, lelaki yang menjalankan bisnes berdasarkan pelaburan itu merakam aksinya menyusun duit dari sebuah beg masuk ke dalam almari tersebut.

“Ye saya tahu kereta pun pinjam, duit pun pinjam. Saya ni kuli je, seluar pun koyak. Tapi yang paling penting ilmu,” kata lelaki itu.

Meninjau ke ruangan komen di TikTok, rata-rata tidak boleh menerima sikap ‘show off’ lelaki berkenaan. Namun, ada juga segelintir individu memberikan kata-kata positif agar dia terus maju ke depan dan mengabaikan kecaman orang ramai.

Tak nak ‘judge’ lebih-lebih, hanya empunya badan yang tahu niat sebenar! Kalau ambil dari sudut positif, nampak la kebaikannya. Tapi kalau negatif, begitulah sebaliknya.

Tonton video :

 

About admin

Check Also

GILIR4N USAHAWAN YG PENUH KONTROVERSI, SAFIEY ILIAS PULA AKAN BERHIJRAH KE NEGARA L4IN SEPERTI SAJAT. INI NEGARA YG DIA PILIH

Sebelum ini kita digegarkan oleh penghijrahan usahawan kosmetik yang popular dengan kontroversi iaitu Sajat ke …

Leave a Reply

Your email address will not be published.