Aryan Khan Akhirnya Dibeb4s Deng4n Ikat J4min, Shah Rukh Khan Titis Air M4ta Kesyukuran

SELAMA 25 hari dipenjara, anak kepada aktor Shah Rukh Khan, Aryan Khan, 23, akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin pada Khamis.

Keputusan itu adalah berita yang tidak disangka-sangka setelah Shah Rukh dan isterinya, Gauri berusaha habis-habisan membawa keluar Aryan dari dalam penjara.

Menurut peguamnya, Mukul Muhatgi Shah Rukh dilaporkan menitiskan air mata kegembiraan setelah menerima berita itu.

Malah ia umpama hadiah hari lahir awal buat pelakon filem Devdas itu yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-57 pada 2 November depan.

Pembebasan anak lelakinya Shah Rukh tidak hanya menggembirakan keluarga malah turut diraikan para peminatnya.

Ratusan peminatnya kelihatan meraikan pembebasan Aryan di hadapan kediaman pelakon itu di Bandra, Mumbai selepas keputusan mahkamah diumumkan.

Penahanan Aryan telah mendominasi tajuk utama media sejak 3 Oktober lalu. Walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada Shah Rukh Khan, beberapa personaliti Bollywood tampil mempertahankan Aryan Khan.

Dalam pada itu, susulan pembebasan Aryan, adiknya Suhana Khan berkongsi foto mereka ketika kecil di Instagram.

‘I love you,” titip Suhana.

Hantarannya yang menggambarkan terlerainya kerinduan Suhana kepada abangnya itu meraih 440,998 tanda suka .

Dalam menempuhi 25 hari penahanan Aryan, keluarga Shah Rukh mendapat sokongan moral daripada rakan artis seperti Hrithik Roshan,Aamir Khan, Amitabh Bachchan, Amjad Khan, Salman Khan dan adiknya Alvira Khan.

Terdahulu, dua kali permohonan ikat jamin Aryan ditolak. Bagaimanapun Aryan dan dua rakannya, Arbaaz Merchant dan model Munmun Dhamecha dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Bombay petang semalam.

 

Sumber: Times of IndiaNDTVIndian Express

About admin

Check Also

[VIDEO]”Happy Birthd4y Dzakira Talita Zahra…” Ucapan Hari Lahir Bu4t Talita Buat Ramai Tersentuh

  Semalam merupakan hari ulang tahun anak kedua seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.