Fenomena air pas4ng bes4r landa emp4t negeri mul4i 4 Nov

KUALA LUMPUR: Fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 Nov depan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali berkata fenomena tersebut akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.
Katanya, ia berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.
Menurut Nor Hisham kawasan terbabit di Kedah adalah Kuala Muda; Perak (Bagan Datuk); Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).
“Orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihatkan supaya berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang ini selain memantau keadaan cuaca,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Selain itu, pengunjung pantai dinasihatkan lebih berhati-hati dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh tersebut.
— BERNAMA
Sumber ; Astro Awani

About admin

Check Also

Anak Krltikal & Ditidurk4n, Ibu Kanak2 Termak4n D4dah Rup4nya Sdng Derita K4nser Tahap Lima

  Kisah kanak-kanak empat tahun dari Kelantan yang kini dalam keadaan kritikal selepas dadah jenis …

Leave a Reply

Your email address will not be published.