Beberapa kawasan di Pokok Sena dilapor dilanda banjir sebentar tadi dipercayai akibat hujan lebat.
Situasi yang melanda daerah di Kedah itu dapat dilihat hasil perkongsian gambar dan video oleh pengguna facebook.
Dapat dilihat kawasan perumahan digenangi air bercampur selut yang turut menenggelamkan kenderaan.
#ributpetirmetmalaysia#metmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/OEH3zIN4JF
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) October 30, 2021
Tidak dapat dipasntikan situasi semasa di Pokok Sena dan daerah-daerah lain yang mungkin terjejas dengan kejadian banjir ini. Turut tidak diketahui adalah jumlah mangsa yang terlibat buat masa ini.
Melalui perkongsian yang dibuat di laman Twitter MetMalaysia, amaran hujan lebat dan ribut petir sehingga 8 malam ini dikeluarkan di seluruh Kedah.
Amaran serupa turut dikeluarkan bagi Perak, Pulau Pinang dan Perlis.
Sumber: MetMalaysia, Pengguna Facebook