“Terima kasih j4di ibu mentua terb4ik buat s4ya..” – Fasha Sandha

Pelakon popular, Fasha Sandha meluahkan rasa syukur atas kurniaan ibu mentuanya Rokkiah Md Noor yang disifatkan penuh kasih sayang dan berhati mulia.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, pelakon berusia 37 tahun itu berkongsi beberapa keping foto ketika menyambut ulang tahun kelahiran ibu mentuanya di sebuah restoran di ibu kota, semalam.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Ibu mentua saya yang terbaik di dunia. Ibu yang sangat berhati mulia, selalu mengungkapkan kata2 yang manis, dan selalu mendoakan yang baik2 untuk anak2 dan menantu.
“Siapa yang mengenali ibu mertua saya pasti tahu, jiwa kasih sayangnya tu dapat nak digambarkan dengan kata2,” tulisnya.

Pelakon drama Scammer itu juga mendoakan kesejahteraan ibu mentuanya selain murah rezeki serta kekal bahagia dalam menjalani kehidupan.

“Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki , bahagia, dan diberikan kesihatan yang baik. I love you ibu, we love you.
“I love you ibu, ibu tak main FB atau Instagram, sebab ibu tak minat media sosial. Tak dapat nak tag ibu,” kongsi Fasha.

Meninjau ke ruangan komen, peminat dan pengikutnya turut menitipkan ucapan hari lahir serta sempat memuji kelembutan dan keserian wajah ibu mentua Fasha.

Selamat hari lahir makcik!

R1ak mukanya jelas nampak ibu yang baik!

Sumber :  http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

About admin

Check Also

[VIDEO]”Happy Birthd4y Dzakira Talita Zahra…” Ucapan Hari Lahir Bu4t Talita Buat Ramai Tersentuh

  Semalam merupakan hari ulang tahun anak kedua seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan penyampai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.