Berpeluh Tap4k Tangan Bu4t Terjun4n Bungee pertama, Gadis Ini Tular Ker4na Keberani4nnya

Keberanian gadis berusia 17 tahun ini melakukan terjunan bungee ternyata meraih pujian ramai.

Video yang dirakam di taman tema Sunway Lagoon pada Isnin lalu, memaparkan Nur Saqilah membuat terjunan berkenaan turut meraih 1.5 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Qila mengakui cukup menggemari aktiviti ekstrem, namun baru pertama kali mencuba terjunan bungee pada hari tersebut.

“Saya ke taman tema itu bersama keluarga dan kawan. Tapi yang naik buat terjunan itu hanya saya dan kawan. Dia juga yang rakam video.

“Itu merupakan terjunan bungee pertama saya. Dah lama saya pendam hasrat untuk buat terjunan. Memang dah lama teringin nak main,” ujarnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Qila, perasaan takut turut menguasai diri, namun dia cuba untuk fokus dan bertenang demi memenuhi impiannya.

Jelas Qila lagi, terbit satu rasa kepuasan pada jiwanya tatkala dia melakukan terjunan dan berhayun di udara dalam tempoh yang singkat.

“Petugas di situ dah pesan supaya jangan pandang ke bawah. Tapi saya pandang juga. Tali pun dah diikat, tak mungkin boleh patah balik.

“Jadi saya teruskan saja terjunan itu. Saya fikir nak terjun cepat-cepat. Tipulah kalau tak takut. Saya berdebar sampai berpeluh tapak tangan. Padahal cuaca tak panas pun.

Kata Qila, dia memang gemar melakukan aktiviti ekstrem.

“Bila buat terjunan, rasa macam kena tolak dengan angin. Apabila saya dah berayun di udara, rasa seronok pula. Sekurang-kurangnya saya ada pengalaman sekali seumur hidup,” ujarnya yang berasal dari Johor.

Menurut pekerja kedai makan yang menetap di Kuala Lumpur itu, dia juga tidak menyangka perkongsian video berkenaan akan meraih perhatian ramai.

“Kalau lemah semangat, baik jangan cuba. Saya pun menggigil sikit lepas turun.”-QILA

“Saya kongsi video nak buat sebagai kenangan. Tak sangka viral. Padahal ada juga orang lain yang kongsi video terjunan bungee mereka.

“Bila tengok view dah lebih sejuta, saya pun agak terkejut. Benda suka-suka saja. Ramai yang puji keberanian saya, mereka kata nak jadi perempuan yang hebat.

“Alhamdulillah, ada juga yang positif. Pada saya, kalau suka dan rasa nak cuba aktiviti macam ni, teruskan saja.

“Kalau ada peluang, tak rugi untuk cuba. Kalau lemah semangat, baik jangan cuba. Saya pun menggigil sikit lepas turun,” ujar Qila yang turut berniaga produk kecantikan.

Qila bersama rakannya ketika ke taman tema itu Isnin lalu.

Disebalik pujian, Qila juga tak terlepas menerima komen negatif khususnya yang mempertikaikan pakaiannya.

Namun kata Qila, dia enggan ambil pusing dan tidak terkesan dengan segala kecaman yang diterima.

“Ada juga yang komen mengenai pakaian saya. Kalau saya pakai jubah, lagi orang kecam. Mulut orang saya biarkan saja. Tak mahu layan.

“Saya anggap ia tak penting. Bukan masalah saya untuk fikir. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.