T4k guna ada duit t4pi tak tolong or4ng. Sek4li Pak Nil sebak b4ntu gelandangan s4mpai rasa t4k senang n4k tinggalkan individu ini bila tengok keada4n sebenarnya.

“Tak guna kalau Pak Nil ada benda ini (duit) tapi Pak Nik tak tolong orang.” Itu kata-kata pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi ketika menghulurkan bantuan berupa wang tunai kepada seorang wanita dipercayai gelandangan yang cukup menyentuh hati ramai warganet hari ini.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil menghulurkan beberapa keping wang kertas bernilai RM100 kepada seorang wanita sambil menangis kerana sedih mengenangkan nasib wanita terbabit. Biarpun ditolak berkali-kali oleh wanita itu, Aznil berkeras memintanya untuk menerima sumbangan tersebut yang diinfaqkan daripada hasil jualan pes Balado Paknil.

“Dalam rezeki saya ada rezeki orang lain. Saya infaqkan hasil jualan Balado Paknil untuk bantu orang lain,” tulisnya dalam ruangan kapsyen. Antara paparan video menunjukkan Pak Nil menghulurkan bantuan peribadi kepada gelandangan yang ditemuinya. Dalam video tersebut, Aznil terjumpa wanita itu sedang duduk di bawah sebuah jambatan sendirian dalam keadaan kaki berbalut akibat luka.

“Ini saya nak sedekahkan untuk awak. Jaga diri ya, beli ubat,” kata Aznil. Gara-gara berasa tidak senang tinggalkan wanita itu sendirian, Aznil yang ditemani pemandu peribadinya datang bertemu wanita itu kembali untuk memberikan wang tambahan. Elok budaknya. Budi bahasa tinggi. Keluarkan duit berapa yang ada (berkata kepada pemandu peribadi). Saya tidak mahu duit itu. Siapa yang beli balado saya, saya infaqkan duitnya kepada adik ini. Duit untung saya tak makan seorang,” jelasnya. Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikut bekas pengacara program Akademi Fantasia itu memuji tindakan Aznil membantu golongan yang memerlukan.

“Semoga Pak Nil diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin,” kata seorang pengikutnya. “Rakam bukan niat menunjuk. Tapi untuk beri kesedaran kepada semua yang melihat. Jika memberi tidak akan membuatkan kita miskin. Jadikan contoh biarpun kita bukan golongan kaya. Terima kasih abang Aznil,” kata seorang lagi pengikutnya.

Menerusi hantaran tersebut, pengacara berusia 58 tahun itu turut meninggalkan nombor telefon kepada pembeli yang ingin membeli Balado Paknil yang hasilnya akan diinfaqkan kepada golongan yang memerlukan menerusi talian 010-7196 211. Sumber– K! ONLINE

Sedia Sponsor Tiket Bas Buat Rakyat Malaysia Yang Tak Mampu Nak Pulang Ke Kampung. Rupanya Ini Yang Buat Hafiz Mahamad Tekad.

Sejak kerajaan memberikan kelonggaran merentas negeri Isnin lalu, ramai yang dilihat mengambil peluang tersebut untuk pulang ke kampung bagi menjenguk ibu bapa tercinta dan sanak saudara. Tentulah, sudah hampir setahun ‘terkurung’ di negeri masing-masing, tanpa boleh ke mana-mana, kelonggaran yang diberikan ini dilihat mampu menjadi ubat rindu bagi mereka yang telah lama tidak bersua muka.

Namun tidak semua bernasib baik dan mempunyai simpanan yang mencukupi untuk pulang bertemu insan tersayang. Hal ini dikongsikan sendiri oleh pempengaruh dan pengasas produk popular, Hafiz Mahamad. Menerusi kemas kini di Instagram, Hafiz menjelaskan ramai pengikut menghantar pesanan peribadi (DM) kepadanya memberitahu yang mereka tidak mampu untuk pulang ke kampung atas alasan kurang kemampuan.

“Ada sahabat DM: ‘Tak boleh balik kampung lagi, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari itu duit dah susut banyak sebab hilang kerja. Sekarang baru nak menapak dan hidup balik’. Ya Allah, ada yang sedih lagi: ‘Saya balik kampung nak tengok dan bersihkan pusara ayah mak’.“Saya pun macam awak, tak balik kampung sebab kena jalankan tanggungjawab cari rezeki di negeri orang,” tulisnya.

Rentetan daripada DM yang diterimanya itu, Hafiz tergerak hati untuk membantu mereka yang memerlukan dengan menyewa 2 hingga 3 buah bas untuk kegunaan pulang ke kampung halaman.“Siapa sahabat yang tak mampu nak balik kampung, saya nak tanggung tiket dalam 2 hingga 3 bas. Nak tak? Insya-Allah, saya ada rezeki sikit boleh kongsi dengan awak.

“Habis kerja dekat sini, saya uruskan 2,3 bas untuk sahabat. Apa syarikat bas yang okay untuk saya hubungi? Mana-mana syarikat bas boleh email saya tau,” tulis Hafiz sambil berkongsi alamat e-mel miliknya. Hafiz dan isterinya Syafiqah Aina cukup terkenal dengan sifat pemurah. Pasangan tersebut pernah beberapa kami memberi sedekah kepada yang memerlukan, baik sebelum mahupun selepas negara dilanda CVDI9. Sumber : Gempak

Tangguh Atau Selamat Rentas Negeri Jumaat Ini. Kadar Vaksinasi Dijangka Mencapai 90 Peratus Jumaat Ini.

KUALA LUMPUR: Pakar berbeza pandangan mengenai kebenaran rentas negeri apabila kadar vaksinasi individu dewasa di negara ini dijangka mencapai 90 peratus Jumaat ini.

Walaupun lebih 21 juta populasi dewasa di Malaysia bakal lengkap dos vaksin dalam tempoh lima hari lagi, pakar virologi dan epidemiologi berpandangan kerajaan perlu mengambil percaturan berhati-hati untuk membenarkan semula pergerakan rentas negeri.

Mengutarakan pendirian berbeza, pakar kesihatan pula berpendapat pergerakan rentas negeri sebahagian daripada sisi kehidupan apabila negara bergerak ke fasa endemik menjelang hujung bulan ini.

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, berkata purata suntikan vaksin dos kedua dalam tempoh tujuh hari sejak 26 September lalu ialah sebanyak 147,147 dos.

Berdasarkan laman web COVIDNOW kendalian Kementerian Kesihatan (KKM), beliau berkata, seramai 1,652,050 individu dewasa atau 7.1 peratus belum menerima dos lengkap vaksin.

Katanya, jika dihitung beliau mengunjurkan kadar liputan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam kalangan populasi dewasa bakal mencecah 90 peratus dalam tempoh 4.4 hari.

“Berkemungkinan menjelang Jumaat ini kita sudah capai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin, tetapi saya mempunyai pandangan berbeza mengenai kebenaran rentas negeri.

“Kadar liputan vaksin tidak wajar dijadikan satu-satunya petunjuk untuk membenarkan rentas negeri, sebaliknya kadar kemasukan ke hospital dan penggunaan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) juga perlu diambil kira.

“Berdasarkan COVIDNOW, kapasiti penggunaan ICU di seluruh negara ketika ini 65.8 peratus dengan negeri yang merekodkan kadar tertinggi Pulau Pinang iaitu 91.7 peratus.

“Bayangkan jika berlaku lonjakan kes susulan pergerakan rentas negeri, maka hospital dan ICU yang baru nak mula ‘bernafas’ akan kembali sesak dengan pesakit,” katanya kepada BH hari ini.

Pakar epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, yang menyuarakan kebimbangan sama mencadangkan kerajaan menggunakan pendekatan ‘gelembung perjalanan’ membabitkan antara negeri yang mencapai kadar imunisasi melebihi 90 peratus.

Katanya, mengikut statistik setakat hari ini negeri yang masih mencatatkan liputan imunsisasi dalam kalangan dewasa di bawah paras 80 peratus ialah Johor dengan 76.3 peratus, Kedah (75.7 peratus), Perak (74 peratus), Kelantan (71.2 peratus) dan Sabah (61.3 peratus).

“Justeru, negeri yang belum capai 90 peratus, lebih baik tunggu seminggu dua lagi untuk kadar liputan imunsisasi meningkat, sebelum pergerakan ke negeri berkenaan dibenarkan.

“Kita bimbang dan khuatir dengan golongan rentan, malah pemberian suntikan vaksin kepada golongan remaja masih di peringkat awal, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah setakat ini belum mendapat ‘lampu hijau’ untuk mengambil pelalian COVID-19.

“Sesetengah negeri, contohnya Kelantan yang menjadi tumpuan sekarang kerana sebahagian daripadanya mengambil keputusan untuk tidak mengambil vaksin, maka lebih baik kita mengambil pendekatan berhati-hati,” katanya.

Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun, pula berkata pergerakan rentas negeri berupaya dibenarkan sebaik liputan PICK mencapai 90 peratus tanpa meminggirkan kepentingan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan keperluan melakukan ujian saringan kendiri.

Selepas lebih dua tahun ‘berperang’ dengan COVID-19, katanya, masyarakat perlu menyesuaikan diri dengan corak kehidupan mengikut acuan endemik yang bakal menyaksikan segenap aktiviti sebelum Disember 2020 perlu dijalani secara norma baharu.

“Tidak perlu ada ‘grace period’ (tempoh bertenang) untuk benarkan pergerakan rentas negeri apabila PICK capai 90 peratus. Tetapi orang ramai perlu cakna mengenai COVID-19 dan kehidupan fasa endemik,” katanya.

Tak lama lagi boleh rentas negeri. Pm Ismail Sabri akhirnya tampil bersuara dedahkan sesuatu tentang kebenaran rentas negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan “dalam beberapa minggu lagi”. Beliau berkata, ini kerana sehingga Rabu lepas (22 Sept) 81 peratus populasi dewasa dalam negara telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 dan dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu.

“Insya Allah, sabar. Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,” kata Ismail Sabri yang menyifatkan pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri itu sebagai sesuatu yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia.

“Kalau Rabu lepas sudah capai 81 peratus, maknanya sudah tidak lama lagi nak (boleh) rentas negeri. Jadi bolehlah balik ke kampung berjumpa ibu bapa. Saya difahamkan ada yang sudah setahun tidak berpeluang berjumpa ibu bapa,” katanya ketika berucap melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Rumah Ikram Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Rabu lepas Perdana Menteri dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya memutuskan rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

Sumber : Malaysia Gazette

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.