Mark Twain, Darip4da Seor4ng Kaya-Raya Kemudi4n Jatuh Muflis Dan Bangkit Semula

Kesilapan memiliki sikap tamak yang tinggi bukanlah pengakhiran bagi hidup seseorang, sekiranya beliau tersedar dan kemudiannya berubah. Untuk itu, ayuh berkenalan dengan Samuel Langhorne Clemens atau yang lebih dikenali dengan nama pena beliau iaitu Mark Twain.

Beliau menceburkan diri dalam pelbagai bidang, di antaranya sebagai seorang penulis, usahawan, pelabur, penerbit, pensyarah dan lebih hebat lagi beliau mendapat jolokan sebagai ‘the greatest humorist American country has ever produced‘.

Percubaannya dalam mengharungi dunia ponzi skim berakhir dengan kedukaan. Beliau berasal daripada kehidupan mewah tetapi kemudiannya terpaksa berhutang sehinggalah diisytiharkan muflis.

Ini adalah kisah seorang yang tidak pernah menyerah kalah telah bangkit daripada masalah yang dihadapinya.

Percubaan pertama beliau untuk menjadi kaya adalah di umur yang cukup muda. Ketika itu di California, fenomena emas dan perak menjadi sangat terkenal. Beliau memiliki saham Nevada yang merupakan sebuah syarikat perlombongan perak, yang dipercayai bersamaan USD100,000 seunit pada hari ini.

Semasa fenomena bull market, beliau telah membeli saham tersebut menggunakan margin yang tinggi, ketika harga berada di paras USD300 seunit.

Kemudian ianya telah meningkat menjadi USD1,000 seunit, USD2,000 seunit dan terus naik lagi. Bayangkan, kehidupan Mark Twain pada umur 26 tahun telah menjadi sangat mewah.

Beliau telah menjadikan hotel yang paling mewah di bandar tersebut, sebagai tempat tinggal beliau. Sehinggalah saham tersebut mencapai USD6,000 seunit, beliau masih lagi tidak menjualnya, kerana beliau yakin saham yang beliau miliki akan meneruskan kenaikan.

Walaubagaimanapun, apa yang beliau fikirkan telah tersasar, saham tersebut telah mengalami ‘penerjunan’ harga yang tidak terduga, sehinggalah saham tersebut tidak bernilai.

Setelah membayar bil hotel mewah tempat tinggal beliau, wang yang tinggal di dalam poketnya hanya tinggal USD50. Kehidupan beliau telah bertukar 360 darjah. Beliau telah jatuh miskin.

Pengajaran sifat tamak beliau dalam hidup tidak hanya berakhir di situ. Ketika berumur 27 tahun, beliau telah mendapat tawaran bekerja sebagai seorang wartawan di akhbar tempatan. Mark Twain tidak memerlukan masa yang lama untuk menempah nama sebagai seorang wartawan yang tersohor.

Pada tahun seterusnya, beliau mencuba bidang baru sebagai seorang pengarang dan juga pensyarah, di mana seluruh hasil penulisan beliau mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.

Kemudian beliau mula ‘jatuh cinta’ dengan bidang penerbitan dan juga perniagaan. Beliau telah menubuhkan syarikat penerbitan Webster Publishing Company. Hasil dari usaha keras beliau, syarikat tersebut berkembang dengan baik.

Namun sayangnya syarikat tersebut telah terperangkap dalam situasi panik pada tahun 1893 hingga 1894, dan syarikat tersebut telah diisytiharkan muflis pada 18 April 1894. Sekaligus telah mengakibatkan beliau berhutang sebanyak USD94,000 kepada 96 pemiutang.

Tahukah anda, isteri beliau telah menawarkan wang sebanyak USD65,000 kepada beliau, dengan harapan untuk menyalamatkan syarikat penerbitan tersebut. Namun beliau telah menolaknya kerana beranggapan kesilapan tersebut adalah tanggungjawab beliau sepenuhnya.

Pada usia 58 tahun, beliau telah muflis sepenuhnya. Keseluruhan aset peribadi beliau terpaksa dijual bagi membayar hutangnya. Sedikit fakta menarik, ayah beliau juga mengalami nasib yang serupa, mengalami turun naik kehidupan, dan akhirnya muflis.

Namun ayahnya berjaya membayar keseluruhan hutang tersebut sebelum meninggal dunia.

Jika dikaji semula, kesilapan terbesar pada ketika itu adalah apabila beliau menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap sebuah mesin typesetter yang sedang dibangunkan sehinggakan beliau sanggup melabur wang sebanyak USD190,000, iaitu wang yang disimpan selama 14 tahun.

Sungguhpun beliau tersungkur, namun beliau cuba sedaya upaya untuk bangkit, bagi membayar semula, keseluruhan hutangnya berdasarkan pekerjaan beliau sebagai seorang penulis dan juga pensyarah.

Menjelang akhir bulan Januari 1898, beliau berjaya melunaskan keseluruhan hutangnya. Lebih ajaib lagi hutang tersebut berjaya dilunaskan kurang dari 4 tahun, dari tarikh beliau diisytiharkan muflis

Percayakah anda, kejayaan beliau melunaskan hutangnya yang banyak dan bangkit dari titik kegagalan tersebar dengan pantas. Nama beliau melonjak sebagai seorang ikon yang menjadi contoh kepada orang ramai.

Sepanjang tempoh 4 tahun tersebut, beliau ditawarkan oleh Alexander Graham Bell untuk memiliki perkongsian dana pelaburan ke atas ciptaan telefon terkenalnya. Namun Mark Twain terpaksa menolak dengan sopan, kerana beliau sudah kehilangan wang yang banyak kerana melabur ke dalam penciptaan yang belum dikenal pasti potensi untuk berjaya.

Beliau berjaya membuktikan bahawa dalam hidup ini kita boleh bangkit walaupun menemui pelbagai kegagalan dalam kehidupan.

Hampir lima tahun kami berkongsi ilmu kewangan di portal MajalahLabur.com, ramai yang beritahu kami mereka stress..

“Pak Teh, gaji saya habis bayar hutang je setiap bulan..”

“Saya dah tak tahu macam mana nak settle hutang, kalau saya meninggal..apa jadi dekat anak bini saya?”

“Suami saya dah diisytihar bankrap, macam mana ni?”

“Tuan, saya berjaya simpan duit sikit-sikit, tapi orang kata kena gandakan duit tu..Saya tak pandai..”

“Tolong saya Pak Teh, saya nak jadi pandai uruskan duit”

Kami tahu, ramai lagi diluar sana yang hadapi masalah serupa.

Semua orang mesti pernah dengar, pentingnya uruskan duit, uruskan hutang dan uruskan pelaburan supaya kita tiada masalah duit di kemudian hari.

Tetapi… Berapa ramai yang tahu cara untuk uruskan semua ini dengan betul? Banyak artikel dah kami kongsikan, tapi kami sedar tak semua orang boleh baca dan terus faham lepas baca artikel sahaja.

Kami berkongsi ilmu kewangan bukan sebab terlebih pandai, tetapi kami berasa lebih bahagia bila mengetahui orang lain tidak mengulangi kesilapan yang pernah kami lalui.

Maka, kami berbesar hati membawakan speaker dalam perancangan kewangan Islam yang berdaftar di bawah Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Belajar buat ANALISA KEWANGAN DIRI dan susun semula kewangan kasi cantik supaya hidup lebih bahagia.

Kita akan bersama Puan Aisya Rahman, Licensed Islamic Financial Planner (CFP CERT TM, IFP)

Puan Aisya Rahman merupakan seorang ibu dan isteri. Kerjaya beliau yang bermula di dalam industri pengiklanan, penerbangan dan seterusnya ke industri perbankan telah memberikan pengalaman meluas untuknya melebarkan sayap ke industri kewangan yang berlandaskan syariah. Beliau telah melalui pelbagai fasa kehidupan daripada tiada pendapatan untuk beberapa bulan sehingga berjaya menyelesaikan hutang melebihi 6 angka. Bila Allah dah bagi nikmat sebegitu beliau rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu pengurusan kewangan ini kepada ibu-ibu, ayah-ayah dan adik-adik di luar sana yang memerlukan bantuan.

Anda akan dapat belajar 5 benda penting

  • Fokus cara urus hutang dan duit supaya tak perlu kerja sampai umur 80 tahun
  • Mantapkan pengurusan kewangan supaya dapat bebas hutang
  • Belajar exit strategy yang berkesan sekiranya kita dah terlibat dalam hutang “jahat”
  • Rancang duit di dunia agar di akhirat kita selamat dan tak susahkan keluarga yang ditinggalkan
  • Cara betul mewariskan harta untuk anak-anak

Sumber ; Majalah Kabur

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.