Jemaah Dilapor Meningg4l Dunia Setel4h Tanya Penceram4h Adak4h Boleh Bertemu Rasulullah SAW Ketik4 Meningg4l Dunia

Kematian seorang jemaah lelaki telah menjadi tular di Indonesia selepas Allahyarham dilaporkan telah bertanya kepada penceramah mengenai Rasulullah SAW sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Masjid Annur Cilendek, Bogor, Jawa Barat pada sabtu lalu dan kisahnya telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook.

Difahamkan, jemaah yang bernama Hamdan Abdat itu sedang mengikuti kelas pengajian harian di dalam masjid tersebut yang dihadiri oleh seorang penceramah, KH Muhyiddin Junaidi.

“Almarhum wafat di masjid Annur Cilendek setelah selesai pengajian rutin pada Sabtu pagi oleh Ustaz Muhyiddin Junaidi (MUI pusat),” tulis seorang pengguna Facebook.

Sebelum meninggal dunia, Hamdan sempat mengajukan pertanyaan kepada Ustaz Muhyiddin iaitu apakah seorang Muslim boleh bertemu dengan Rasulullah SAW ketika meninggal dunia. Menjawab pertanyaan itu, Ustaz Muhyiddin menjelaskan bahawa ia bergantung kepada amal ibadah seseorang muslim.

“Nabi SAW menyampaikan ‘Aku diutus untuk menyampaikan pencerahan kepada umat manusia’. Bergantung pada amal ibadah, kita boleh bertemu dengan Baginda SAW,” jelasnya saat menjawab pertanyaan itu.

Namun, tidak lama selepas itu, Hamdan tiba-tiba mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri ketika duduk bersandar di dinding.

Sementara itu, rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka ‘cemburu’ melihat kematian itu dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Suara.com via siakap keli

About admin

Check Also

Kes Basik4l Lajak: Kerani Wanita Dibeb4skan Dengan Jamin4n Sementara Rayuan Didengar

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.