(video) Detik-detik Bomba Selamatk4n Kanak-kanak Terperangk4p Di Teng4h Sungai Ker4na Arus Der4s

Umum mengetahui, Kepala air merupakan gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

Terbaru, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak 12 tahun terperangkap di tengah sungai akibat daripada kepala air.

Difahamkan, OPS menyelamat mangsa dijalankan oleh Crew Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar dan diketuai oleh Tn Sabarodzi bin Hj Nor Ahmad (Pen Pengarah Bhg Latihan JBPM Ng Perak.

Merusi video yang tular itu, kanak-kanak tersebut dilihat terperangkap di atas batu di tengah-tengah sungai arus deras.

Detik-detik mendebarkan anggota Bomba menyeberangi arus deras untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut sempat dirakam dan dikongsikan oleh Pihak Bomba Perak.

Ketika atikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M tontonan, 68.8K tanda suka, 1004 komen dan 1096 perkongsian di laman TikTok.

 

@safuwanrazalipray for adik ni .tersangkut dekat kepala air .operasi menyelamat sedang berlaku . #kepalaair #waterfall #staysafe♬ original sound – safuwanrazali

 

@safuwanrazalipart 2. misi menyelamat remaja yang tersangkut sebab kepala air,alhamdulillah abang bomba dah sampai kat adik tu #kepalaair♬ original sound – safuwanrazali

 

@safuwanrazalipart 3: Alhamdulillah,adik tu selamat …terima kasih abg2 bomba. Alhamdulillah . yg lain,hati2 ya time2 musim hujan ni #kepalaair #bomba

♬ original sound – safuwanrazali

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menarik lafaz lega apabila melihat budak tersebut dapat diselamatkan.

Bukan itu sahaja, ruangan komen juga dibanjiri dengan rasa bangga netizen terhadap abang bomba dan menyifatkan mereka mampu melakukan apa sahaja demi menyalamatkan negara.

Meremang bulu roma tengok

Sumber : YOY Network

About admin

Check Also

“Mohon Doak4n Anak Kesayang4n Mama..”, Satu Bad4n Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik Ainul Di ICU

  “Mohon Doakan Anak Kesayangan Mama..”, Satu Badan Penuh Wayar, Ibu Kongsi Keadaan Terkini Adik …

Leave a Reply

Your email address will not be published.