Guru t4k puas hati diberi jolok4n ‘luar setinggan dal4m kondo’ selep4s hias kelas, s4nggup guna duit sendiri ‘kerjak4n’ stor tuk4ng kebun pul4

Keadaan sebelum dan selepas Laman Studio Pak 21 dihias cikgu Nordin.
KASIH dan sayang seorang guru kepada murid-murid mendorongnya untuk berkorb4n apa sahaja, malah sanggup mengeluarkan duit sendiri menghias kelas dan kawasan sekitar demi kegembiraan dan keselesaan pelajar.

Jika sebelum ini Nordin Ismail mencantikkan perpustakaan dan bilik guru, kali ini giliran kawasan sekitar kelasnya termasuk stor tukang kebun sekolah pula yang menjadi sasarannya.

Menerusi satu hantaran di Facebook baru-baru ini, Nordin berkongsi gambar-gambar hasil transformasi yang dilakukannya terhadap stor tukang kebun yang terletak di hadapan kelasnya di Sekolah Kebangsaan Pak Ba, Setiu, Terengganu.

Dekorasi dalam kelas yang dilakukan pada tahun 2019.

Bercakap kepada mStar, Nordin yang berusia dalam lingkungan 30an berkata studio PAK 21 merupakan kelas di bawah seliaannya dan dia pernah melakukan kerja-kerja make over terhadap kelas tersebut pada tahun 2019.

Satu lagi ruangan dalam kelas yang mendapat sentuhan cikgu Nordin.

Namun menurut Nordin, pada ketika itu dia masih kurang mahir tentang cara-cara untuk melakukan dekorasi landskap justeru tumpuan hanya diberikan terhadap bahagian dalaman kelas.

“Jadi tak hairan la pada masa tu kelas atau studio PAK 21 ni mendapat jolokan ‘luar setinggan tapi dalam kondo’.

“Pada tahun ini saya cuba memberanikan diri untuk buat dekorasi landskap pula, jadi saya ambil keputusan untuk buat make over terhadap stor tukang kebun sekolah yang terletak betul-betul depan kelas saya.

“Stor ni penyebab kenapa kelas saya mendapat jolokan ‘luar setinggan dalam kondo’ dan saya nak ubah persepsi tu… tak mustahil stor yang ala setinggan ini boleh jadi laman kondo,” ujar guru Perpustakaan dan Media ini.

Keadaan stor kebun sekolah yang terletak di hadapan kelas cikgu Nordin.

Menurut Nordin dia membelanjakan sekitar RM500 untuk mencantikkan ruangan stor dan kawasan sekeliling yang kemudiannya dinamakan sebagai Laman Studio PAK 21 Sk Pak Ba Setiu.

Katanya buat masa ini laman Studio PAK 21 diigunakan murid-murid dan guru-guru untuk sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya untuk rakaman video memandangkan segala pertandingan diadakan secara dalam talian disebabkan penul4ran wab4k Covid-19.

Stor selepas make over dilakukan.

Tambahnya, fokus utama dekorasi yang menggunakan konsep minimalis dan ‘reuse’ ini adalah untuk kemenjadian murid-murid SK Pak Ba.

“PAK 21 ialah ringkasan kepada Pembelajaran Abad ke 21, PAK 21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusat kepada murid.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.

“Elemen-elemen ini merupakan asas dalam PAK21 jadi studio dan laman yang dibuat ini adalah untuk merealisasikan matlamat pembalajaran abad ke 21 dalam kalangan anak didik saya,” katanya.

Cikgu Nordin mendapat bantuan daripada warga sekolah termasuk bekas pelajar yang sudi membantunya menghias kawasan lapang di hadapan kelasnya.

Menurut Nordin dia sememangnya meminati seni dekorasi lebih -lebih lagi jika make over yang dilakukannya mampu mengembirakan serta memberi keselesaan kepada warga sekolah.

“Saya keluarkan kos sebanyak RM500 untuk membeli rumput tiruan dan cat, yang lain-lain kita guna bahan yang sedia ada dekat sekolah.

“Saya okay untuk berhabis sebab make over kali ini untuk laman depan kelas sendiri dan saya yang nak kena hadap hari-hari.

“Guru Besar dan semua warga sekolah sentiasa memberikan semangat untuk saya terus melakukan make over di sekolah,” katanya.

Cikgu Nordin bergambar di Laman Studio Pak 21.

Nordin kini tidak sabar untuk menyambut kepulangan semula pelajar ke sekolah pada 8 November ini.

“Buat masa ini hanya guru besar, guru-guru dan murid-murid pra sekolah saya yang telah melihat dengan mata sendiri, mereka sangat teruja dan bila mereka teruja saya rasa sangat puas hati.

“Saya tak sabar nak bagi kejutan pada murid-murid tahap 1 dan tahap 2 yang akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 8 November ini, saya yakin murid-murid akan terkejvt melihat perubahan ini,” katanya.

Sumber : Mstar

About admin

Check Also

Nasib Artis Dulu Di buli gara gara Ibunya Cuma Pembantu Sampai Dikucilk4n 1 Desa, Kini Hidup Kaya

Artis yang satu ini ternyata memiliki masa lalu yang kerap membuatnya trauma dengan lingkungan. Seperti …

Leave a Reply

Your email address will not be published.