”R4sa N4k Breakdown, Menjerit,” Zahirah MacWilson Akui Pen4t Urus Rum4htangga

Pelakon Zahirah Macwilson mengakui penat dan tertekan menggalas tanggungjawab sebagai ibu kepada seorang anak.

Menurut Zahirah, dia kini terpaksa menggalas tanggungjawab seorang diri tanpa suaminya, Aiman Hakim Ridza yang kini sedang menjalani penggambaran.

“Menjaga Isaac, menjaga nenek, mengemas rumah, membersih, memasak, mengurus kerja saya sendiri dan fikir soal content (kandungan) juga.

“Belum lagi sebut pasal Isaac hilang selera makan sebab sakit gigi nak tumbuh (buatkan dia makanan dan dia langsung tak ada rasa nak makan).

“Sejujurnya saya tak pernah rasa hilang tenaga macam ni,” dedah pelakon Bulan Dan Pria Terhebat itu menerusi InstaStorynya.

Pada hantaran sama, Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol, 26, turut mengakui kadang-kala terlupa untuk makan dek kerana terlalu sibuk menguruskan anak.

“Harus luahkan sedikit sebab saya terlalu penat dan kadang-kala sampai lupa nak makan. Dah tak kisah dengan rupa saya sebab keutamaan dah berbeza sekarang,” luahnya.

Tambah Zahirah, dia langsung tiada niat untuk merungut apatah lagi berkeluh-kesah, namun apa yang dirasai perlu diluahkan terutama ketika melalui masa yang sukar dan tertekan.

Beliau juga memberi sokongan dan kata-kata positif kepada ibu-ibu lain di luar sana dengan menggalakkan ibu-ibu untuk meluahkan rasa penat dan stres untuk menjaga kesihatan mental masing-masing: “you’re doing a great job” katanya.

Terdahulu, Zahirah dan Aiman mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2018 di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta.

Pada 20 Februari 2020 pasangan romantis itu selamat disatukan di Foyer Glamhall di Mercu Mustapha Kamal di ibu kota.

Selepas setahun bernikah, mereka dikurniakan cahaya mata sulung lelaki pertama, Isaac Raees yang kini berusia 10 bulan.

Sumber: Sirap Limau

About admin

Check Also

SIAPA SANGK4 HANY4 KERANA NABILA RAZALI TID4K KENAL RENGGO ARROW, KEHIDUPAN RINGGO TERUS BERUBAH

  PENYANYI Renggo Arrow mendedahkan dia menerima banyak undangan nyanyian selepas Nabila Razali tidak mengecam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.