@zakiahprietySepakat Membawa Berkat! #12bersaudara #happylife #anakmama♬ Kelentang Kelentong – Hael Husaini
Sesi lafazkan reda… Segala harta mama diserah kembali pada abah
Disebalik pelbagai ragam dan berkongsi cerita mereka kerana telah lama tidak berkumpul sebumbung bersama, kesemua mereka 12 orang telah mencapai kata sepakat untuk menyerahkan kembali kesemua harta ibu mereka untuk diuruskan oleh bapa mereka yang masih panjang umur. Mereka semua telah melafazkan reda pengembalian semua bahagian harta masing-masing yang disaksikan oleh adik-beradik yang lain.
@zakiahprietyReply to @m4t05200 Terima kasih 12bersaudara.Bersatu teguh, bercerai roboh. #12bersaudara #happylife #anakmama #faraid #rinduserindurindunya
12 orang beradik langsung tidak berbalah sebab rebutkan harta… Atas didikan orang tua yang sempurna
Melihat keruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kagum terhadap kesemua 12 adik beradik kerana bersatu hati dan bersepakat dalam pembahagian harta pusaka. Secara kesimpulannya, video tersebut telah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: Erin Sakura