Lel4ki Dilapor M4ut ‘Dibaham’ Piranha Selep4s Terjun Dal4m Tasik Untuk Selam4tkan Diri Dari Diser4ng Lebah

Seorang lelaki di Minas Gerais, Brazil dilapor maut akibat diserang sekumpulan piranha selepas terjun ke dalam tasik dalam satu kejadian baru-baru ini, lapor Mirror.

Bagaikan ‘keluar mulut harimau masuk mulut buaya’, lelaki berusia 30 tahun itu terjun ke tasik berkenaan untuk menyelamatkan diri gara-gara dikejar kawanan lebah.

Difahamkan, pada asalnya dia bersama dua lagi rakannya datang ke tasik itu untuk memancing sebelum menjadi sasaran serangga berbisa berkenaan hingga memaksa mereka terjun menyelamatkan diri.

Bagaimanapun mereka tidak menyedari tasik tersebut dihuni piranha, malah ketika situasi cemas itu salah seorangnya (mangsa) gagal berenang dan akhirnya tenggelam sebelum diratah pemangsa ganas itu.

Sepasukan pakar selam dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mencari tubuh mangsa dan keesokannya mayatnya berjaya ditemui kira-kira 13 kaki dalam dari pinggir tasik.

Menurut penyelamat tersebut, terdapat beberapa kesan luka yang teruk di bahagian tubuh mangsa seperti di muka, telinga dan beberapa anggota badan lain.

Bagaimanapun menurut Mirror, tidak pasti sama ada mangsa lemas terlebih dahulu sebelum diserang piranha atau piranha itu yang menyerangnya dulu sebelum gagal untuk berenang menyelamatkan diri seperti dua rakannya.

Difahamkan, ahli keluarga mangsa telah dibenarkan untuk mengebumikan mayatnya selepas pihak berkuasa mengesahkan punca kematiannya disebabkan kemalangan tragis dan tiada unsur jenayah dikesan.

Sumber: Mirror

About admin

Check Also

Tak Setuju Pas4l Pelitup Mask Sirim, Sek4li Ini Respon Jaafar Onn Buat Ramai Yang Terkedu

  Kurang bersetuju dengan cadangan penguatkuasaan pelitup muka perlu ada kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.