20 Tahun Tertukar Keran4 Salah Tag Nama Masa Lahir, Pasang4n Kembar Betulkan Nama Ayah Pada IC

 

TIDAK dapat dibayangkan bagaimana tragisnya tiga gadis ini melalui kehidupan selepas menjadi ‘puteri yang tertukar’ sejak dilahirkan.

Insiden tertukar 20 tahun lalu dipercayai berpunca daripada kecuaian kakitangan sebuah pusat perubatan.

Baca juga: Bukan sinetron, insiden tertukar bayi terbongkar selepas 20 tahun

Ia dibuktikan menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, dan ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Atirah Iwani (nama asal Noratirah Husin), 20 pada September tahun lalu.

Selepas menjalani ujian alangkah terkejutnya mereka mendapati 99.99 peratus menunjukkan Adryani dan Atirah ialah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.

Manakala Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar Adryani pula ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (meninggal dunia pada 2018) yang sebelum itu membesarkan Noratirah.

Berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Atirah dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana (1.27 pagi) dan kemudiannya Adryani (1.34 pagi).

Dalam perkembangan terbaru, ketiga-tiga gadis itu bersama Siti Aminah menerima dokumen pengenalan diri baru susulan pertukaran nama pada kad pengenalan kepada nama yang betul Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Wisma Persekutuan Negeri Kelantan di Kota Bharu.

Kini Noratirah adalah Atirah Iwani Ibeni Yanin manakala Adryana pula Adryana Iwani Husin.

Kesilapan meletakkan tanda nama ketika dilahirkan 20 tahun lalu, dipercayai dilakukan oleh kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu.

Susulan itu, ia menyebabkan Atirah ‘tertukar’ ibu bapa hingga meninggalkan kesan mendalam kepadanya apabila ‘bapa’ yang membelanya selama ini, Husin Omar meninggal dunia pada usia 64 tahun November tahun lalu akibat sakit jantung selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan dia bukan anak kandung lelaki itu

Sumber: Bernama

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.