‘Bila Ras4 Rindu Saya Cum4 Mampu Panggil Nama’ – Coret4n Raissuddin 100 Hari Tanpa Siti Sarah

 

KEHILANGAN orang tersayang amat menyedihkan. Hanya sesiapa yang melaluinya akan merasa keperitan itu.

Seperti juga yang dirasai pelakon dan penyanyi, Raissuddin Hamzah yang kehilangan anak perempuan tercintanya, Allahyarham Siti Sarah pada Ogos lalu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di akaun instagram milik Allahyarham, ia menggambarkan betapa perit dan sedihnya perasaannya sebagai seorang bapa.

“Sedar tak sedar, genap 100 hari pemergian anak perempuan tersayang. Sebelum berlangsungnya majlis tahlil, pagi tu abahnya ke pusara, naikkan batu nisan di kubur anaknya.

“Perasaannya? Hanya ALLAH sahaja yang tahu. Tanyalah semua manusia yang bergelar ibu bapa, apakah kehilangan paling perit untuk mereka?

“Pastinya kehilangan anak yang dicintai. Anak yang ditatang, diiqamat semenjak hari pertama, dibesarkan penuh kasih sayang, diberi makan pakai yang cukup, diberi kebahagiaan, diubati jika sakit pening, dipeluk cium sebagai lambang kasih sayang, anak yang mengajar erti kehidupan

“Jika boleh berganti nyawa, ibu bapa pasti mahu pergi dahulu sebelum anak. Tapi, siapa kita untuk melawan takdir? Semua rahsia ALLAH.

“Hidup perlu jalan terus, yang tinggal hanyalah memori indah kekal menjadi kenangan sampai bila-bila. Al-Fatihah Siti Sarah Raissuddin,” coretnya.

Bagaimanapun, Raissuddin berasa sangat syukur apabila cucunya, Uwais mirip seperti wajah arwah sekali gus dapat juga melepaskan rindu pada Sarah.

“Sudah tentu rindu, tapi untuk melepaskan rasa rindu tu saya cuma mampu panggil nama dia sahaja. Untuk kita mengharapkan sesuatu yang belum berlaku saya tidak mengharapkan itu, cuma apa yang ada dengan saya sekarang adalah kenangan dengan dia,” ujarnya.

Baru-baru ini, Shuib dan keluarga mengadakan majlis tahlil bagi menyambut 100 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah dan juga upacara akikah serta tahnik untuk anak keempat mereka, Ayash Affan.

Baca juga “Ayyash Senyum Kat Siapa Tu Sayang?”- Ramai Sebak Lihat Foto Anak Allahyarham Siti Sarah

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissudin, 36, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Allahyarham yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib atau Shahmira Muhammad pada tahun 2011.

Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan berusia 3 bulan.

 

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.