Bila Rezki Dah Tertulis Nama Kita Tiada Yg Must4hil “Kisah Pengumpul Barang Terpakai Temui Cincin Bernil4i Lebih RM 24k Dalam Sampah”

Dapat Rezeki Terpijak

Seorang pengumpul barangan terpakai bernama Harianto mendapat rezeki terpijak apabila menemui sebentuk cincin berlian di tempat pembuangan sampah Supit Urang yang terletak di Kecamatan Sukun Kota Malang, Indonesia.

Lelaki yang berusia 34 tahun menyatakan bahawa dia tergerak hati untuk mencari barang di timbunan sampah yang sebahagiannya sudah terbakar.

“Saya tidak sengaja telah menemukan sesuatu yang tampak seakan sebentuk cincin, jadi saya pun terus mengambilnya,” katanya.

Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu pada awalnya beranggapan bahawa cincin itu tidak bernilai. Namun, bagi memastikannya, dia telah bertanya kepada rakan serta jiran-jiranya.

“Katanya ini cincin berlian. Ukurannya selebar jari manis saya. Dan ada berlian sebesar lebih kurang biji jagung,” ujarnya.

Harianto pun kemudiannya meminta cadangan jirannya untuk menjual cincin itu. Seorang pembeli yang tinggal di daerah Sawojajar, Kota Malang telah disyorkan kepadanya.

“Ya, esoknya saya terus jual cincin itu ke Sawojajar, terlupa pula laluannya,” katanya.

Untungnya dia adalah, cincin berlian yang ditemukannya itu adalah asli. Pembeli itu terus membeli cincin tersebut pada hari Harianto membawanya. Harganya cukup lumayan bagi seorang pengumpul barangan terpakai iaitu sebanyak 80 juta Rupiah (RM 24 ribu).

“Saya terkejut pada waktu itu menerima 80 juta Rupiah. Sungguh tak disangka,” ujarnya.

 

Setelah berjaya menjual cincin yang ditemuinya itu, Harianto terus membangunkan rumah tak jauh dari rumah ibu bapanya.

Tak terhenti disitu, Harianto juga turut melamar kekasihnya selepas lima hari dia menemui cincin tersebut.

“Dah lama bercinta dah, tapi saya belum bersedia untuk berkahwin. Tetapi lepas saya dah memiliki rumah, saya terus melamar kekasih saya,” katanya.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, Harianto telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Pekerjaannya kini juga dilaporkan agak stabil untuknya menampung membeli barangan dapur.

Sehari, lelaki itu dilaporkan memperolehi sekurang-kurangnya 80 ribu hingga 100 ribu sehari.

“Dan saya bersyukur kerana dapat berumah tangga dan mempunyai anak. Lumayan kerja seperti ini meskipun terpaksa berkotor,” jelasnya.

Ketua UPT Supit Urang TPA Budi Heriyanto berkata, pengumpul barangan terpakai di situ sering menjumpai barangan berharga.

“Ya, banyak kali. Ada yang pernah jumpa pistol, bayi pun ada. Emas pernah juga beberapa kali. Memang rezekinya macam tu,” katanya.

Kreadit By: Siakap Keli

About admin

Check Also

Selepas Dua Tahun Kem4tian Ashraf Sinclair, Ini Ke4daan BCL Sekarang

  Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.