Cikgu Meng4lirkan Air Mata Selepas Baca Karang4n Murid Sekolahnya

 

Karangan Budak Sekolah Ini Buatkan Cikgu Menangis Tersentuh Hati. Tersentuh hati penulis apabila membaca karangan Adik Nik Nur Kamelia Nik Mohd Iruan 11 tahun dari Kampung Pulau Kapas Demit Kubang Kerian Kelantan ini. Semoga anak-anak keluarga ini berjaya di dunia dan akhirat. Untuk Info,kisah ini ditulis beberapa tahun lepas.

Saya orang miskin, saya selalu bawa duit RM1 sehari. Kalau ada (kelas) Fardu Ain, saya bawa RM2. Ayah saya pula kerja buat rumah batu dan ayah selalu berhutang dengan orang.

Kalau ayah saya dapat gaji, ayah saya bayar hutang orang lain sampai saya dan keluarga tak dapat makan.

Kalau saya tak dapat makan, saya dan adik saya pergi cari ubi kayu.
Kadang-kadang saya tak dapat makan ubi kayu, saya bagi adik. Saya tak makan pun tak pe.

Itu antara bait ayat yang dikarang Nik Nur Kamelia Nik Mohd Iruan, 11, ketika diminta guru bahasa Inggeris sekolahnya menulis karangan mengenai ‘Myself’ pada hari kedua persekolahan.

Karangan menyentuh hati itu ditulis murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Demit, Kota Bharu berkenaan dalam bahasa Melayu kerana mendakwa tidak tahu menulis dalam bahasa Inggeris.

Kita perlu sedar, bahawasanya kita tidak senantiasa mendapat langit yang cerah, apabila mendung berarak kembali, hujan mencucuri diselang-selikan dengan guruh berdentum, boleh diibaratkan seperti roda di atas bila-bila masa sahaja boleh merudum di dasar jalanan.

Tersentuh hati bila baca karangan ini. Jika kita rasa keluarga kita susah,tapi sebenarnya ada lagi susah daripada kita. Bersyukurlah dengan kehidupan kita.

Terpulang bagaimana cara kita bersyukur,dengan cara memberi atau berkongsi rezeki dengan orang lain juga adalah salah satu bentuk cara bersyukur. Semoga kita saling prihatin dengan kesusahan masyarakat sekelilingan menghulurkan bantuan sekadar mengikut kemampuan kita.

Ingatlah wahai sahabat, janji Allah, rezeki tidak akan berkurang dengan bersedekah malah akan ditambah dengan Allah. Dengan cara ini nasib masyarakat seperti adik ini akan terbela. Semoga adik ini serta keluargannya terus sabar dan diberi jalan rezeki Allah yang lebih baik akan datang. Amin

Semoga bermanfaat.

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.