5 T4hun Tanpa Jemu Tagih Cinta, Wanita Melutut S4mbil Merayu Lelaki Ini Sup4ya Berputus Asa

 

Seorang wanita di China sanggup melutut di khalayak ramai merayu kepada ‘peminat’ yang melamarnya untuk berputus asa daripada terus mengejarnya selama lima tahun!

Merayu supaya lelaki itu berputus asa

Menerusi laporan Mothership, wanita berkenaan dilihat melutut di atas jalan dan ‘peminatnya’ turut berada dalam posisi yang sama. Lebih mengejutkan lagi apabila wanita itu seperti ‘sujud’ ketika berhadapan dengan lelaki terbabit untuk memastikan rayuannya diterima.

Dalam pada itu, turut kelihatan sejambak bunga berada di sebelah lelaki berkenaan selepas wanita terbabit mencampakkan bunga itu kembali kepada lelaki tersebut. Seorang saksi yang melihat kejadian itu mendakwa bahawa lelaki itu telah mengejar wanita berkenaan selama lima tahun dan sehingga kini dia tidak berubah hati serta masih mencintai wanita yang sama.

Meskipun, wanita tersebut telah berkali-kali menolak lamaran daripada lelaki berkenaan, namun dia tidak mengambil peduli dan terus mengejarnya sehingga dapat.

Susulan daripada itu, wanita berkenaan dikatakan menjerit supaya lelaki tersebut melepaskannya dan merayu agar lelaki itu berputus asa.

Tolong lepaskan saya!

Sumber : Mothership 

About admin

Check Also

Selepas Tular Gambar Rumah Dek4t Pangsapuri Berub4h Jadi Teres, Ini Jawapann Dari MBPJ

  Kuala Lumpur – “Rumah flat, selera teres.” Itu antara reaksi netizen selepas melihat gambar yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.