P4tutlah Asyik Gun4 Tikus Untuk Eksperimen M4kmal, Rupanya Ini Sebabnya

 

Pernah tak kita terfikir mengapa tikus selalu dijadikan subjek utama untuk mana-mana ujian makmal yang dijalankan oleh pengkaji? Adakah saiz tubuh badannya yang kecil itu telah menarik perhatian para pengkaji?

Atau mungkin kerana genetiknya yang cepat memberi tindak balas yang menyebabkan tikus tersebut dijadikan sebagai bahan ujian? Mungkin juga kerana ujian eksperimen makmal selalunya tidak berakhir dengan keputusan ujian yang pengkaji ingini atau jangkakan.

Disebabkan itu, kebiasaanya para pengkaji selalunya memilih tikus sebagai subjek bagi menjalankan eksperimen kerana ianya murah dan mudah untuk didapati.

Jangan risau, menerusi perkongsian video ini, ada menerangkan sebab mengapa tikus selalunya dipilih sebagai subjek utama dalam ujian makmal.

1. Tikus sangat kecil dan mudah untuk diuruskan.

Fizikal tikus yang lebih kecil telah memudahkan para pengkaji untuk menjalankan ujian ke atas haiwan tersebut. Bayangkan jika pengkaji menggunakan kuda atau mana-mana haiwan lain yang lebih besar berbanding tikus, sudah pasti menyukarkan pengkaji untuk menguruskan haiwan tersebut kerana begitu besar.

2. Tikus tidak membahayakan

Selalunya ujian makmal melibatkan pelbagai jenis ujian yang mungkin boleh mengancam haiwan itu. Oleh itu, dengan menggunakan tikus sebagai bahan uji kaji, benda paling sakit yang tikus itu boleh buat hanyalah mengigit tangan manusia. Jika haiwan yang lebih besar dan ganas digunakan sudah tentu para pengkaji berada dalam keadaan yang tidak selamat dan membahayakan kerana bimbang digigit oleh haiwan ganas tersebut.

3. Tikus senang membiak

Tikus amat mudah untuk dikendalikan dan senang untuk membiak. Oleh itu para pengkaji memilih tikus sebagai subjek utama bagi eksperimen mereka. Bukan itu sahaja, tempoh jangka masa hidup bagi seekor tikus juga adalah tidak lama. Disebabkan itu pengkaji memilih untuk menggunakan tikus berbanding haiwan-haiwan lain.

4. Persamaan dengan manusia

Tikus dikatakan lebih disukai oleh para pengkaji kerana mempunyai persamaan yang sangat serupa dengan manusia dari segi genetik, biologi serta tingkah laku. Tikus mempunyai 90% gen yang sama dengan manusia. Oleh itu tikus mewakili sifat terbaik dari segi ujian genetik.

5. Boleh diubah secara genetik

Tikus boleh diubah secara genetik iaitu pengkaji boleh menghidupkan dan mematikan gen tertentu dalam seekor tikus bagi melihat bagaimana perubahan itu dapat mempengaruhi tikus tersebut.

Sumber: Youtube Facts Factory | Animals

 

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.