Park Shin Hye h4mil, b4kal kahwin deng4n Choi Tae Jun

Seoul: Pelakon Park Shin Hye, 31, mengumumkan dirinya hamil dan bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga pelakon, Choi Tae Jun, 30, pada Januari tahun depan.

Berita gembira itu disahkan agensinya SALT Entertainment yang memaklumkan pasangan terbabit sudah bercinta sejak 2017.

Perkahwinan mereka akan dilangsungkan di Seoul tetapi butirannya dirahsiakan.

Menurut pelakon drama Sisyphus itu, Choi Tae Jun adalah jodoh tepat buatnya dan sentiasa berada di sisi ketika waktu susah mahupun senang.

“Dia adalah tulang belakang saya selama ini dan sentiasa menerima seadanya segala kekurangan diri saya. Jadi, saya rancang mulakan hidup baharu dengannya sebagai pasangan suami isteri.

“Walaupun sedikit ragu-ragu berkongsi mengenai ini disebabkan masih di fasa awal. Namun, dalam pada membuat persiapan kahwin, sebutir permata berharga (hamil) datang dalam hidup kami. Saya mahu anda semua tahu,” katanya

Shin Hye juga tidak sabar untuk menempuh alam berumah tangga dan menjadi isteri serta ibu terbaik.

“Saya janji akan sentiasa memberi contoh terbaik diri saya selepas membina keluarga kelak. Jutaan terima kasih kerana menyayangi dan menyokong saya walaupun serba-serbi ada kekurangan.

“Pastinya ia akan ambil masa tapi saya mahu lakukan yang terbaik untuk kembali berlakon secepat mungkin tanpa membuatkan anda tertunggu-tunggu,” katanya.

sumber:metro

About admin

Check Also

“Puak LGBT M4kin Berpuak4!”- Pu Syed SeIar Tind4kan Sifu Lentik

  Nama PU Syed bukanlah asing lagi di kalangan wargamaya. Sifat beliau yang tegas tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.