Tiad4 Muzik Joget Sak4n, R4kyat Brunei Brsenam Sambil Diiringi Zikir D4n Selawat Nabi

Tiada Muzik Joget Sak4n, Rakyat Brunei Brsenam Sambil Diiringi Zikir Dan Selawat Nabi

Seharian berdepan dengan tugasan di rumah atau pejabat membuatkan ramai orang mudah berasa tertekan. Namun, tidak ramai yang mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Seorang lelaki, Ismael Haris telah memuat naik video di Facebook miliknya yang memaparkan sekumpulan masyarakat sedang melakukan senamrobik di dalam perkarangan sebuah masjid. Menurut Ismael, video tersebut dirakam dalam satu program yang diadakan di Brunei.

Apa yang menarik, aktiviti senamrobik itu diiringi dengan zikir yang memuji kebesaran Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Tambah Ismail lagi, sudah menjadi kebiasaan di Brunei, setiap kali aktiviti senamrobik diadakan, zikir dan munajat akan dipasang menggantikan lagu yang biasa kita dengar.

Video berdurasi 37 itu tular sehingga menerima lebih 3,000 perkongsian dan ditonton lebih 87 ribu kali. Rata-rata netizen pula memuji inisiatif yang dilakukan pemerintah Brunei dalam mengamalkan konsep patuh syariah di negara tersebut.

Sumber:borak daily

About admin

Check Also

“Puak LGBT M4kin Berpuak4!”- Pu Syed SeIar Tind4kan Sifu Lentik

  Nama PU Syed bukanlah asing lagi di kalangan wargamaya. Sifat beliau yang tegas tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.