S4nggup Palsvkan Kem4tian Isteri Untuk Berkahwin Lain, Lel4ki Ini Berdep4n Hukvman Penj4ra

 

Sanggup palsukan kematian isteri untuk berkahwin lain, lelaki ini berdepan hukuman penjara.

Seorang lelaki di Jakarta sanggup menipu tentang kematian isterinya demi memenuhi keinginannya untuk berkahwin lagi dengan wanita lain.

Sanggup Palsukan Kematian Isteri

Seorang Ketua Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) di Indonesia berdepan hukuman penjara kerana membantu seorang individu untuk memalsukan surat kematian isterinya demi untuk berkahwin lagi, lapor laman berita Suara.com semalam.

Ketua KUA Petang dalam wilayah Bali, Abdul Munir, 43, membantu Suraji, 56, untuk mengeluarkan surat tersebut pada Ogos 2019 dengan menerima bayaran berjumlah 1.5 juta rupiah (RM443).

Untuk Berkahwin Lain

Dia dilaporkan melakukan jenayah pemalsuan surat dengan cara membuat surat pengakuan dan keterangan kematian atas nama isteri Suraji, Diah Suartini.

Surat tersebut memaklumkan bahawa Diah telah meninggal dunia, sedangkan dia masih hidup dan sihat sehingga kini.

“Abdul Munir yang juga merupakan Ketua KUA membantu Suraji mempersiapkan semua dokumen pernikahan dengan cara memalsukan surat keterangan kematian serta beberapa dokumen penting lain.

“Ia adalah supaya Suraji dapat bernikah dengan seorang wanita lain sedangkan pada waktu itu dia masih suami Diah yang sah,” kata Ketua Pejabat Peguam Daerah Badung, I Ketut Maha Agung.

Terdesak Perlukan Duit, Sanggup Tipu Suami Meningal Semata-mata Untuk Dapatkan Pampasan

Terkejut Lihat Rupa Sebenar Isteri Tanpa Solekan, Berang Ditipu Lelaki Ini Failkan Penceraian

Jangan Suka ‘Tipu Isteri’, Sekali Dikhianati, Hilang Segala Kepercayaan, Rezeki Pun Sempit

Lelaki Ini Berdepan Hukvman Penj4ra

Menurut pendakwa raya, perkara itu telah menyebabkan kerugian kepada Diah iaitu dari segi kesan psikologi di mana dia masih hidup sehingga ke saat ini.

Kedua-sua suspek telah ditahan Polis Badung sehingga kini. Jika disabit bersalah, kedua-dua mereka boleh didakwa atas kesalahan ancaman jenayah dengan hukuman penjara maksimum selama lapan tahun.

 

Sumber:kosmo

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.