Penulis buku dan penceramah bebas, Ustazah Fatimah Syarha baru-baru ini memuatnaik tangkap layar foto perbualan seorang wanita yang baru berpisah bersama seorang lelaki. Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah mengenai kandungan perbualan di dalam mesej tersebut.
Janda Ingin Menumpang Kasih
Berdasarkan perbualan di dalam mesej tersebut, wanita berkenaan mendedahkan kepada seorang ustaz bahawa dirinya baru sahaja berpisah. Namun, dalam masa yang sama meluahkan keinginan untuk berkahwin dengan ustaz tersebut atas dasar ingin menumpang kasih.
Bukan Soal Boleh Atau Tidak Tapi Soal Adab – Ustazah Fatimah Syarha
Melihat kandungan mesej sedemikian, membuatkan Ustazah Fatimah berkongsi pandangannya mengenai situasi yang berlaku berdasarkan perbualan dalam mesej tersebut.
“Kes ni seakan situasi Rasulullah SAW, yang ramai wanita offer diri pada baginda. (Ada Ummu Syarik, Khaulah dan ramai lagi).
Namun baginda SAW tak pernah terima wanita yang offer diri pada baginda saat baginda bergelar suami orang.
Bukan soal boleh tak boleh, ia soal patut tak patut, soal adab.
Lebih-lebih lagi dalam situasi lebih ramai lelaki dan ramainya duda di Malaysia ni. Tidak seperti zaman dulu ramai lelakinya syahid dalam perang.
Baginda berpoligami dengan sebab-sebab yang sangat layak dihormati oleh kemanusiaan.
Bukan sebab-sebab kegagalan berjihad melawan hawa nafsu seperti bercinta dulu, WhatsApp,telefon sembunyi-sembunyi, ber-dating kemudian takut berzina..
Walaupun baginda berpoligami dengan sebab-sebab terhormat, konflik dan cabarannya juga tinggi berbanding dalam 25 tahun monogami baginda. Hingga baginda menegaskan, Allah tak pernah gantikan seseorang yang lebih baik dari Khadijah.” Kongsi Ustazah Fatimah
Sumber: Murai.