Sibuk Dengan Kerjay4 Seni Tak Hal4ng Aina Abdul Genggam Segulung Ijazah

 

Selepas hampir setahun menyelesaikan pengajian dalam bidang Sarjana Muzik di USCI University, penyanyi terkenal, Aina Abdul akhirnya berjaya menggenggam ijazahnya.

Selamat berkonvo!

Menerusi perkongsian penyanyi lagi Sepi tu di Instagram, Aina dilihat segak menggayakan jubah konvo sambil memegang skrol ijazah yang baru diterima semasa majlis tersebut.

Sudah tentu ijazah yang diterima ini sangat membanggakan kerana pelajaran dan juga kerjaya seninya berlangsung seiringan apabila dia juga telah memenangi tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke-35 menerusi lagu Semalam pada awal tahun ini.

Siapkan tesis ketika lockdown

Menerusi perkongsian dari Astro Gempak tahun lalu, Aina Abdul memaklumkan yang dia telah menggunakan waktu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyelesaikan kertas kajian tesisnya.

Dia akui gembira kerana segala penat lelah berkerja sambil belajar yang dijalaninya dapat disudahkan dengan teratur dan dapat menamatkan pengajian mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

“Agak sukar sebenarnya mahu belajar sambil bekerja dalam bidang muzik. Menyanyi minat saya tetapi saya sedar tanpa pelajaran, saya tak boleh pergi jauh,”
“Saya sangat gembira kerana akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian dan saya tak sabar mahu menggenggam ijazah sarjana muda,” kata Aina tahun lalu.

Aina dilihat menggayakan baju berwarna hitam bercorak putih dengan lengkap memakai pelitup muka telah hadir bersama ibu tersayang.

Majlis konvokesyen juga berlangsung dalam suasana penuh protokol dan tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti yang disarankan pihak kerajaan.

Sumber: Instagram Aina AbdulAstro Gempak (Kamaruddin Razal)

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.