Mak Aihh Gemp4k! Aisyah Dhia Rana S4mbut Birthday Ke 7 Boleh Pengs4n Mak Hang

 

Gempak betul anak Cikta! Bukan keleng- kaleng Aisyah Dhia Rana. Penampilan pon persis ala-ala model kan. Baru usia 7 tahun tapi perwatakan seperti ibunya .

Anak kepada dramatis terkenal Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketujuh dengan tujuh biji kek.

Menerusi laman sosial Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta berkongsi momen-momen bersama anak perempuannya itu untuk tatapan umum.

“7 tahun, 7 birthday kek. Pengsan mak hang @aaisyahdhiarana111,” tulis Che Ta di ruangan kapsyen.

Dalam sebuah majlis hari jadi yang diadakan di sebuah hotel mewah di ibu negara itu, Aaisyah cukup menyerlah apabila mengenakan gaun labuh biru dengan solekan tipis di wajahnya.

Antara kek yang disediakan adalah berbentuk sangkar, kek dua tingkat, kek dengan hiasan bunga ros, kek dengan hiasan huruf A dan banyak lagi.

Majlis dengan tema warna biru dan merah jambu itu juga turut diraikan oleh Zain Saidin, kedua-dua abang Aaisyah serta adik-beradik Che Ta yang lain.

Sementara itu di ruangan komen, tujuh kek hari jadi tersebut mengund4ng pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya menyokong tindakan tersebut memandangkan Aaisyah anak bongsu seorang.

Tidak kurang juga ramai yang menitipkan ucapan hari lahir buat Aaisyah beserta dengan doa yang baik-baik.

“Untungnya dapat 7 kek! Hari ni birthday saya jugak. Jangan kata kek, yang wish pun boleh kira pakai jari ja,” luah seorang wargamaya.

“Tuuuu dia kak nanti 30 dapat 30 kek juga tau Aaisyah sayang,” usik seorang wargamaya.

“Takpe, kek untuk anak bongsu seorang,” sokong seorang wargamaya.

“Hujung jari mak hang ja Cah 7 kek tu, apa la sangat kan mak,” kata seorang wargamaya.

“Banyaknya kek. Ingat kena sambut 7 hari berturut-turut,” komen seorang wargamaya.

“Jenuh mak hanggg, btw happy birthday princess,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Rozita, 48, dan Zain, 37, mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah yang kini berusia tujuh tahun. .

Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 25, dan Aniq Ezzra, 23, menerusi hasil perkahwinan pertamanya.

Sumber: Gempak

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.