Isi Mas4 Bawa An4k Pergi Bercuti, Baju Sedondon Datin Seri Zizie Izette Terim4 Pujian Pemin4t – “Ni Baru La Betul, Mak Bergaya Anak Pun Bergay4…”

 

Baru-baru ini, pelakon Datin Zizie Izette dilihat ada mengisi masa dengan membawa kesemua anaknya pergi bercuti di sekitar negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

Isteri kepada ahli politik terkenal Datuk Seri Bung Moktar itu turut berkongsi beberapa keping foto momen percutian tersebut bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Pada masa sama, Zizie meluahkan rasa gembira dan senang apabila berkesempatan untuk meluangkan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan bersama anaknya.

“Best dapat makan angin dgn anak2 di bandar Melaka ni. Banyak sgt tempat makan dan things to do here yg sebelum ni tak pernah pun tau.

“Terima kasih di atas komen2 dlm posting saya sebelum ni. Appreciate ur comments and suggestions!,” tulisnya.

Selepas itu, menerusi perkongsian terkini di akaun Instagram, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini juga dilihat telah pergi bercuti bersama anaknya di kawasan peranginan di Genting Highland, Pahang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memberi pujian setelah melihat pelakon berusia 42 tahun ini mengenakan pakaian rona sedondon dengan kesemua anaknya.

“Ni baru la betoi.. Mak bergaya anak pun bergaya,” puji peminat.

“Hot momy ni…da la cantik’ kaya baik plk tu momy gojes ni zizi ni,” tulis lagi seorang warganet.

“Bertuah punya anak ramai,walau pun ada yg anak angkat,Datin jaga dan beri kasih sayang sama rata,semuga allah taalla sentiasa berkati hifup Datin,” titip seorang peminat.

sumberMH

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.