IBU TIRI ARWAH SITI T4MPIL RESPON APABILA SHUIB DIK4TAKAN NAMPAK SEG4N BILA BERGAMBAR BERSAMA

 

Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi meluahkan rasa terkejut apabila mendapat mesej daripada seorang individu yang mengatakan bahawa menantunya, Shuib kelihatan seperti segan apabila bergambar bersamanya.

Ditegur kerana Shuib nampak malu bila bergambar

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Siti Fatimah atau lebih dikenali sebagai Makder memuat naik satu hantaran berhubung seorang individu yang tidak dikenali menegur hubungan kekeluargaan mereka kerana Shuib kelihatan seperti segan setiap kali bersamanya.

Assalam Makder. Ada sesuatu nak kongsikan sebab saya tengok story Makder sebelum ini, saya tengok Shuib macam segan sikit dengan Makder, semoga bermanfaat.

Walau bagaimanapun, ibu tiri kepada Allahyarham Siti Sarah ini menjelaskan bahawa tiada istilah segan kerana mereka merupakan keluarga serta saling menghormati antara satu sama lain.

Hmm terkejut saya baca Dm ni. Tak wujud istilah menantu tiri ke, menantu kandung ke, menantu betul ke, menantu tipu ke, Shuib adalah keluarga saya.

Mungkin apa yang orang nampak orang ingat Shuib segan dengan saya tapi sebenarnya kami saling menghormati.

Ujarnya lagi, anak-anak Shuib adalahnya cucunya juga yang telah menjaga mereka sejak lahir hingga sekarang. Dalam pada itu, dia turut berkongsi detik pertama Sarah bertemu dengan Shuib pada 12 tahun yang lalu.

Lagi pun masa arwah Sarah dating dengan Shuib lebih kurang 12 tahun lepas, saya ada masa tu temankan arwah. Bukan malu bukan segan tapi hormat.

Saya minta doa baik-baik semua pihak untuk keluarga kami. Amin InsyaAllah. Semoga doa yang baik juga berbalik kepada korang semua. Aamin.

Sumber : suciuwais Via OhBulan

About admin

Check Also

“Bersongkok Tapi P4kai Singlet?”-PU SYED Beri Tazkirah ‘Free’ Pad4 Aliff Syukri

Pencetus Ummah (PU) dan pendakwah bebas, PU Syed Bakri tampil memberikan sedikit ‘tazkirah’ kepada usahawan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.