Nynaa Harizal syukur do4 untuk kemb4li bersam4 suami dimakbulkan – “H4nya ajaI boleh memisahkan kita”

 

SYUKUR… itulah perkataan yang dilafaz Nynaa Harizal selepas konflik rumah tangganya dengan Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas dapat diselesaikan dengan baik.

Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25, berkongsi foto perkahwinan dengan luahan rasa syukur apabila doanya untuk kembali bersama suami dimakbulkan Allah.

“Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya. Saya sangat bersyukur dapat kembali ke tempat saya berada.

“Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bermakna anda kepada saya. I love you so much my husband @fahmiilyas. Sehingga ajaI memisahkan kita,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian Nyna mendapat perhatian rakan artis dan peminat yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka berdua.

Hubungan rumah tangga Nynaa dan Fahmi berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dalam perhubungan mereka.

“MasyaAllah, Nynaa Alhamdulillah… Alhamdulillah… semoga Allah SWT memudahkan segala urusan untuk you dear.

“Doaku dari jauh… semoga bahagia hingga ke jannah. Alhamdulillah, so happy for both of you. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah,” antara komen rakan artis dan peminat.

Pada Rabu, pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu bagi sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan suaminya 12 November lalu.

Bagaimanapun hubungan rumah tangga itu berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dalam perhubungan mereka.

Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya. Saya sangat bersyukur dapat kembali ke tempat saya berada.

NYNAA HARIZAL

PELAKON

Konflik rumah tangga pasangan ini tercetus pada 3 November lalu apabila Mohamed Fahmi tidak mengetahui keberadaan isterinya namun mengesyaki Nynaa pada ketika itu berada di kediaman keluarga mentuanya di Johor selepas ‘dilarikan’ tanpa kebenarannya.

Kemudian pada 11 November lalu, Fahmi membuat tuntutan nusyuz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Permohonan itu difailkan Fahmi selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

Nynaa kembali di sisi suaminya Fahmi Ilyas.

Manakala, Nynaa pula memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor pada 10 November lalu.

Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

About admin

Check Also

“Puak LGBT M4kin Berpuak4!”- Pu Syed SeIar Tind4kan Sifu Lentik

  Nama PU Syed bukanlah asing lagi di kalangan wargamaya. Sifat beliau yang tegas tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.