Muncul Berkepal4 Botak Di Majlis Sidang Medi4 Dukun Diva, Emelda Rosemila Cantik M4cam Charlize Theron!

 

Penampilan pelakon Emelda Rosemila dengan imej terbaharu berkepala botak menarik perhatian ramai.

Baru-baru ini Emelda muncul dengan gaya sempoi ke majlis sidang media ekslusif Astro Originals Dukun Diva, bersama suaminya Adlin Aman Ramlie.

Malah imej terbaharunya itu mendapat pujian ramai dan ada yang menyamakan dirinya dengan pelakon popular Hollywood Charlize Theron.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Emelda berkata dia membotakkan kepala kerana mahu memenuhi tuntutan karakter dalam sebuah filem.

“Membotakkan kepala ada inisiatif saya sendiri. Pengarah tak suruh tetapi saya yang suggest kerana watak per0mpak yang akan saya bawakan dalam filem itu nanti.

“Adlin juga memberi sokongan, lagipun sebelum ini saya memang dah berambut pendek.

Saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan sentiasa mencari ruang untuk upgrade diri daripada melakonkan watak yang dah biasa saya buat,” katanya.

Apabila di tanya mengenai watak Datuk D dalam Dukun Diva, Emelda berkata sebab utama dia menerima tawaran apabila suami turut beraksi dalam drama tersebut, selain jalan cerita yang menarik serta watak yang diberikan kepadanya.

“Datuk D ialah seorang jutawan kosmetik yang bersaing dengan Datuk Saddiq yang juga seorang jutawan kosmetik. Saya rasa seronok bila dapat berlakon dengan suami sendiri.

Lebih-lebih lagi kami ada banyak babak bersama. “Ini kali keempat kami bergandingan. Senang bila digandingkan dengan suami sendiri sebab boleh berbincang macam mana nak kembangkan watak,” katanya.

Drama bergenre komedi, aksi dan penyi4satan arahan Ariff Zulkarnain ini akan menemui penonton di Astro Citra, setiap Isnin jam 9 malam.

Episod pertama Dukun Diva akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 6 Disember ini.

Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, eksklusif di Astro Citra.

Sumber : https://gempak.com/

About admin

Check Also

“Bersongkok Tapi P4kai Singlet?”-PU SYED Beri Tazkirah ‘Free’ Pad4 Aliff Syukri

Pencetus Ummah (PU) dan pendakwah bebas, PU Syed Bakri tampil memberikan sedikit ‘tazkirah’ kepada usahawan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.