“Teruja Dengan Fasa B4ru Ini,” – Preity Zinta Tim4ng Cahaya Mata Kembar Menerusi Proses Ibu Tumpang

Pelakon terkenal Bollywood, Preity Zinta telah mengumumkan menerusi akaun Instagramnya yang dia dan suami, Gene Goodenough telah bergelar ibu dan ayah.

Mereka menimang sepasang cahaya mata kembar lelaki dan perempuan menerusi proses ibu tumpang.

“Hai semua,saya ingin berkongsi satu berita hebat dengan anda semua hari ini. Saya dan Gene sangat gembira dan hati kami dipenuhi dengan rasa syukur dengan penuh cinta kerana hari ini kami menimang dua cahaya mata kembar sebagai sebahagian dari keluarga kami.

“Kami sangat teruja dengan fasa baru dalam hidup kami. Terima kasih yang tulus kepada doktor, jururawat dan pengganti kami kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini,” kongsi pelakon cantik berusia 46 tahun ini.

Pasangan bayi kembar lelaki perempuan itu diberi nama Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.

Dalam pada itu, dapat dilihat selebriti-selebriti terkenal Bollywood menghujani ruang komen di hantaran tersebut dengan ucapan tahniah. Priyanka Chopra meninggalkan ucapan, “Tahniah, sangat gembira untuk anda berdua. Mengirim rasa sayang yang banyak kepada anda!”

Manakala Madhuri Dixit pula menulis, “Hey PZ, Tahniah! Cinta yang banyak untuk anda dan Gene, peluk dan civm untuk Jai dan Gia.”

Peity Zinta dan suaminya telah melangsungkan perkahwinan pada 29 Februari 2016 dalam satu majlis privasi di Los Angeles. Memilih untuk menetap di Los Angeles sejurus berkahwin, Preity masih lagi pulang ke India dari masa ke semasa.

Sumber & Foto: Instagram Preity Zinta

Sumber : MH

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.