‘Biar Di4 Berub4h Kerana Allah’ – Ariz Ramli Tak Paksa Isteri Pakai Tudung

 

Menerima pelbagai komen daripada netizen mengenai aurat isteri, penyanyi rap sensasi, Ariz Ramli memberitahu bahawa dia tidak akan memaksa Farra untuk bertudung sekiranya isterinya belum bersedia lagi.

Saya dah tegur

Menurut Ariz, rata-rata netizen mula bertanya soalan bila Farra hendak memakai tudung. Sebagai suami, Ariz sudah menegur isterinya mengenai hal tersebut. Cuma, dia tidak mahu memaksa Farra untuk melakukan sesuatu perkara tanpa kerelaan hatinya sendiri. Ini kerana, Ariz merasakan dirinya juga tidak sempurna dan banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

Saya tak nak dia berubah sebab saya, netizen mahupun sesiapa sahaja. Saya nak dia berubah kerana Allah. Ini perjalanan yang sangat sukar buatnya apatah lagi selepas menjadi isteri saya. Dia menjadi perhatian ramai. InsyaAllah, saya harap dan yakin dia akan berubah suatu masa nanti.

Tambah Ariz, sejak belakangan ini dia banyak bercerita dan memberi contoh kepada isterinya mengenai penghijarahan rakan selebriti tatkala mereka berbual bersama. Antara selebriti yang dijadikan contoh untuk pembakar semangat ialah Zizi Kirana, Fazura dan Izara. Di akhir posting, Ariz menghargai segala nasihat dan teguran yang diberikan oleh netizen. Ujar Ariz, dia akan cuba yang terbaik untuk menjadi seorang suami dan ayah.

Sumber: Ariz Ramli

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.