Budak 10 Tahun Ad4 Perniaga4n Sendiri & Raih RM 600k Sebulan, Boleh ‘Pencen’ Bila Umur 15 Tahun Nanti

 

Pada usia 10 tahun, apa yang difikirkan kita ketika pulang dari sekolah hanyalah, “Sempat ke tak sampai rumah sebelum cerita kegemaran bermula.”

Tetapi berbeza dengan Pixie Curtis, walaupun baru berusia 10 tahun dia sudah memiliki tiga buah perniagaan bersama ibunya Roxy.

Walaupun Pixie masih di sekolah rendah, dia sudah memiliki sebuah syarikat miliknya yang di beri nama Pixie’s Fidgets dengan bantuan ibunya.

Mereka secara rasminya telah melancarkan perniagaan barang mainan pada bulan Mei yang lalu dan hanya 48 jam semua produk yang dihasilkan telah habis dijual.

Tambahan lagi, ibunya turut menyatakan bahawa pulangan balik syarikat mereka ialah sekitar £105k (RM589,995) pada sebulan awal.

Namun ini bukanlah satu-satunya perniagaan yang diusahakan oleh kanak-kanak berusia 10 tahun ini.

Hal ini demikian kerana, ibunya telah mengeluarkan sebuah produk aksesori rambut di bawah namanya ketika Pixie masih seorang bayi yang di gelar Pixie’s Bows.

“Saya lakukan semua ini untuk anak saya agar dia boleh bersara pada umur 15 tahun jika dia mahu,” kata ibunya.

“Namun ianya kelihatan seperti mustahil. Hal ini kerana, saya nampak semangatnya sebagai usahawan walaupun masih pada usia yang sangat muda,” tambah ibunya lagi.

Roxy yang memiliki lebih daripada satu perniagaan yang berjaya telah berkahwin dengan suaminya, Oliver Curtis pada tahun 2012 dan memiliki Pixie serta adiknya Hunter.

4 Bulan lepas, dia membeli sebuah Mercedes Benz berharga RM 792 ribu untuk kegunaan kedua-dua anaknya.

Sumber: The Sun

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.