Kenap4 Semut Lain D4tang Hurung Dek4t Semut Yang Dah Mati? Ini Jawapan Pakar Kimia

 

Semut banyak di rumah memang boleh buat darah naik. Ya lah, kalau terlupa tutup makanan atau tertinggal makanan di atas meja mesti cepat je angkatan semut ini datang.

Seperti mana yang kita tahu, semua ini terkenal dengan semangat berpasukan. Memang bekerjasama mencari makanan untuk di bawa ke sarang mereka untuk santapan.

Bukan itu sahaja, bayangkan kalau kita terbunuh rakan mereka, mesti akan lagi banyak semut akan berkerumun di kawasan rakan mereka yang mati. Kenapa jadi macam itu?

Mesti ramai yang ingin tahu kenapa situasi itu berlaku? Ha, jom kita dengar penjelasan menarik tentang semut daripada Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim menerusi laman Facebooknya.

Perasankah anda sekiranya anda membunuh semut pada satu tempat (tanpa menggunakan sebarang bahan semburan) semakin banyak semut yang akan datang menghurung?

“Semut akan membebaskan bahan kimia meruap yang berbeza untuk menghantar isyarat.”

Sebenarnya semut berkomunikasi melalui ‘bau’. Ingat, bau ialah bahan kimia yang meruap. Semut akan membebaskan bahan kimia meruap yang berbeza untuk menghantar isyarat.

Antara bahan kimia yang paling kuat baunya, digunakan sebagai amaran dan mampu dikesan dari jarak jauh oleh semut-semut lain ialah pheromone. Apabila semut mengesan bau pheromone, mereka akan segera bertindak.

Sekiranya semut-semut ini mati (dilenyek atau terkena renjatan elektrik), maka banyak lah bahan kimia pheromone yang terbebas.

Ini kan menarik perhatian lagi banyak semut berdekatan untuk datang menghurung tempat kejadian. Maka jangan hairan jika kotak suis elektrik dipenuhi dengan banyak semut mati!

 

Sedikit fakta menarik mengenai semut:

• Terdapat lebih daripada 12,000 species semut di muka bumi ini yang telah diketahui. Kebanyakkan daripada species ini tidak berbahaya kepada manusia (cuma boleh membahayakan emosi kalau terlalu banyak!).

• Semut Monomorium boleh menjadi agen membawa kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Semut rumah biasa (pharaoh ant) pula boleh menyebabkan masalah pernafasan seperti asthma.

• Semut merah yang banyak mampu membunuh haiwan seperti ayam.

Tips: Oleh kerana kita tahu punca tarikan semut ialah ‘bau’, maka kita boleh mengurangkan/ menutup bau bahan kimia meruap pheromone daripada sampai kepada semut-semut lain.

Contoh dengan menyembur dengan bahan meruap yang lebih kuat baunya seperti cuka, minyak angin, minyak wangi atau sembur dengan racun serranga saja.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Fatimah Salim

 

About admin

Check Also

“Bersongkok Tapi P4kai Singlet?”-PU SYED Beri Tazkirah ‘Free’ Pad4 Aliff Syukri

Pencetus Ummah (PU) dan pendakwah bebas, PU Syed Bakri tampil memberikan sedikit ‘tazkirah’ kepada usahawan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.