Kecew4 Pejabat Agama Suk4r Luluskan Permohon4n Nikah, Rupanya Ibu Bapa Bersekedudukan Sampai Ada 7 Anak

 

Seorang anak terkedu apabila mendapat tahu bahawa ibu bapanya tidak pernah bernikah secara sah ketika dia menguruskan proses pernikahannya di pejabat agama. Walaupun pahit untuk ditelan tetapi itulah yang dialami olehnya.

Ibu bapa tak pernah bernikah sampai ada 7 anak

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki dikenali sebagai ToKadi Hipster di TikTok, berkongsi satu kisah di mana seorang anak datang ke pejabat agama bagi menguruskan proses pernikahannya dan dalam masa yang sama individu terbabit meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan di pejabat berkenaan.

Saya nak nikah ustaz tapi surat nikah mak ayah tak ada. Tapi ayah dah buat surat akuan sumpah.

Kenapa lah susah sangat pejabat nak bagi orang nikah. Nak suruh kami berzina ke? Nak tanggung dosa kami ke?

Hal ini kerana, individu berkenaan mengatakan bahawa pihak pengurusan seperti ingin menyulitkan proses pernikahannya. Walau bagaimanapun, perkara tersebut berpunca daripada ibu bapanya sendiri kerana gagal untuk melampirkan surat nikah rasmi serta mencetuskan masalah penentuan nasab.

Akhirnya, ibu bapanya mengaku bahawa mereka tidak pernah bernikah dan lebih mengejutkan lagi apabila mereka sudah memiliki tujuh orang anak hasil bersekedudukan tanpa ada sebarang ikatan yang sah.

Maafkan kami ustaz, kami sebenarnya tak pernah nikah pun. Kami bersekedudukan sahaja. Sekarang kami ada 7 orang anak.

Alasan tak tahu macam mana nak urus takut kena denda

Dalam pada itu, hanya anak sulung sehingga anak keempatnya sahaja yang memilik surat beranak manakala tiga lagi anaknya itu tidak berdaftar serta tidak bersekolah.

Lebih menyedihkan lagi apabila ditanya mengapa tidak menyelesaikan masalah berkenaan sejak dari awal lagi, mereka mengatakan tidak tahu bagaimana hendak urus perkara tersebut kerana risau dikenakan denda.

Susulan daripada itu, anaknya perlu ada wali hakim untuk bernikah kerana statusnya adalah anak tidak sah taraf dan ibu bapa kepada individu terbabit juga perlu bernikah.

umber : tokadi_hipster

About admin

Check Also

“Bersongkok Tapi P4kai Singlet?”-PU SYED Beri Tazkirah ‘Free’ Pad4 Aliff Syukri

Pencetus Ummah (PU) dan pendakwah bebas, PU Syed Bakri tampil memberikan sedikit ‘tazkirah’ kepada usahawan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.