Satu-Satunya Rum4h Yang Terselamat D4ri Letus4n Gunung Ber4pi Semeru, “Debu pun tak ada, bersih” – Rumah Siapakah Ini?

 

Selepas ‘berehat’ selama setahun tiga hari, Gunung Semeru yang terletak di Jawa Barat kembali aktif dan letusan terbaru yang berlaku Sabtu lalu dilaporkan memuntahkan lava panas, asap panas dan debu.

Difahamkan, selain letusan pertama pada 4 Disember, gunung tersebut meletus buat kali ke-2 pada hari Isnin dan ia merupakan letusan ketiga yang berlaku dalam tahun ini, untuk rekod, sejak abad ke-19, gunung berapi tersebut telah meletus lebih daripada 70 kali.

Menurut Liputan 6, sehingga hari ini, letusan tersebut telah mengorbankan 39 nyawa manakala 13 lagi masih belum ditemui dan menerusi berita-berita yang tersebar, kawasan perkampungan di daerah Sumanjang tersebut mengalami kerosakan teruk akibat tertimbus debu yang terhasil disebabkan letusan tersebut.

Gunung Semeru Meletus 16012021Sumber: Tribunnews
Salah satu kawasan yang terjejas teruk adalah kawasan Kampung Renteng di Desa Sumberwuluh yang dikatakan terjejas teruk sehinggakan rumah-rumah yang ada disana tidak dapat didiami lagi kerana ditenggelami debu yang telah mengeras seakan-akan lumpur.

Namun, disebalik bencana berkenaan, difahamkan ada satu kejadian yang menjadi tanda tanya ramai dan sempat tular di media sosial kerana difahamkan terdapat sebuh rumah yang langung tidak terjejas selain kelihatan bersih tanpa ada selut mahupun debu.

Dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @rendra_tegar, rumah yang difahamkan kepunyaan Pak Roh ini kelihatan tidak terusik sedikitpun sehingga ramai tertanya apakah ‘amalan’ yang telah digunakan oleh beliau.

“Salah satunya rumah yang selamat di Kampung Renteng, rumah Pak Roh”

Menerusi ruangan komen, ramai berpendapat bahawa pastinya Pak Roh ini seorang yang alim dan sering membuat amal ibadah seperti membaca Al-Quran dan sebagainya, oleh itu rumahnya kekal dalam keadaan selamat walaupun kelihatan rumah sebelah dan sekitarnya terjejas teruk.

Sehingga kini, video perkongsian Rendra tersebut hampir mencecah 3 juta tontonan selain ramai yang berminat untuk mengenali dan mengetahui ‘rahsia’ amalan Pak Roh tersebut dan difahamkan, pemilik akaun tersebut akan cuba mendapatkan Pak Roh setelah keadaan disana semakin pulih dan sesuai untuk diadakan temuramah dan sebagainya.

Sumber: lobakmerah

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.