Meskipun beberapa kali dihambat kontroversi tahun ini, namun pasangan selebriti Rizky Billar dan Lesti Kejora tetap kelihatan bahagia dengan rumah tangga mereka. Malah penyanyi dangdut wanita tersebut telah membawa pulang 4 trofi sekali gus sewaktu berada di acara ‘Indonesian Music Awards’.
Dah sarat h4mil tapi masih lagi aktif buat persembahan…Suami akui banyak titik berat p4ntang-l4rang
Meskipun sedang sarat hamil 7 bulan, Lesti masih lagi dilihat aktif membuat persembahan serta hadir dalam beberapa majlis sambil ditemani suaminya. Menerusi temubual di YouTube Intens Inventigasi, Rizky mengakui banyak menitikberatkan nasihat serta pantang-larang daripada orang tua sebagai panduan menjaga kandvngan.
Sekarang pun dah tengah tanya boleh booking satu tingkat ke tak (Minit 6:00)
Dalam pada itu, pelakon lelaki tersebut difahamkan turut bercadang untuk menyewa satu tingkat pusat rawatan bagi keselesaan isterinya. Bukan itu sahaja, tindakan tersebut juga diambil supaya dapat memudahkan mana-mana pelawat yang ingin datang menjenguk bayi serta ibunya kelak.
Tak payah cakap over, kita kalau ada duit banyak macam tu pun mesti nak jugak
Sumber:TikTok melialingwu