M4kin Dibunuh, Makin B4nyak Semut. Rupanya Inilah Punca Sebenar…

 

“Makin bunuh semut, makin banyak pula semut datang. Kenapa ni…”

Situasi di atas mesti pernah terjadi kan? Bunuh semut tanpa menggunakan sebarang bahan semburan tapi esoknya makin banyak pula semut datang. Habis semua makanan dikerumuninya. Alamak!

Bagi anda yang tidak tahu, semut sebenarnya berkomunikasi melalui bau. Jadi, macam mana nak elakkan semut banyak di rumah? Ikuti perkongsian Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim.

Baca juga: Guna Semburan Air Tembakau Untuk Elak Serangan Serangga, Semua Mati!

MAKIN DIBUNUH, MAKIN BANYAK SEMUT. RUPANYA INILAH PUNCA

Perasankah anda sekiranya anda membunuh semut pada satu tempat (tanpa menggunakan sebarang bahan semburan) semakin banyak semut yang akan datang menghurung?

Sebenarnya semut berkomunikasi melalui ‘bau’. Ingat, bau ialah bahan kimia yang meruap. Semut akan membebaskan bahan kimia meruap yang berbeza untuk menghantar isyarat.

Antara bahan kimia yang paling kuat baunya, digunakan sebagai amaran dan mampu dikesan dari jarak jauh oleh semut-semut lain ialah pheromone. Apabila semut mengesan bau pheromone, mereka akan segera bertindak.

Sekiranya semut-semut ini mati (dilenyek atau terkena renjatan elektrik), maka banyak lah bahan kimia pheromone yang terbebas. Ini kan menarik perhatian lagi banyak semut berdekatan untuk datang menghurung tempat kejadian. Maka jangan hairan jika kotak suis elektrik dipenuhi dengan banyak semut mati!

FAKTA MENGENAI SEMUT

– Terdapat lebih daripada 12,000 species semut di muka bumi ini yang telah diketahui. Kebanyakkan daripada species ini tidak berbahaya kepada manusia (cuma boleh membahayakan emosi kalau terlalu banyak!).

– Semut Monomorium boleh menjadi agen membawa kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Semut rumah biasa (pharaoh ant) pula boleh menyebabkan masalah pernafasan seperti asthma.

– Semut merah yang banyak mampu membunuh haiwan seperti ayam.

Tips: Oleh kerana kita tahu punca tarikan semut ialah ‘bau’, maka kita boleh mengurangkan/ menutup bau bahan kimia meruap pheromone daripada sampai kepada semut-semut lain. Contoh dengan menyembur dengan bahan meruap yang lebih kuat baunya seperti cuka, minyak angin, minyak wangi atau sembur dengan racun serranga saja.

Sumber: Facebook Dr Fatimah Salim

About admin

Check Also

“Puak LGBT M4kin Berpuak4!”- Pu Syed SeIar Tind4kan Sifu Lentik

  Nama PU Syed bukanlah asing lagi di kalangan wargamaya. Sifat beliau yang tegas tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.