TERKINI: Tsunami Tel4h Dikes4n Di Marapokot Flores, Indonesia

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia menerusi laman Twitter sebentar tadi telah mengumumkan bahawa tsunami telah dikesan di Marapokot pada jam 11:36 pagi (waktu tempatan) susulan gempa berkekuatan magnitud 7.4 dikenalpasti.

Baca: Gempa Magnitud 7.5 Gegar Indonesia, Amaran Tsunami Dikeluarkan & Gempa Susulan Dirasai Selang Beberapa Minit

Melalui perkongsian, tsunami di Marapokot itu dikatakan pada ketinggian 0.07 meter.

 

**Kemaskini: Pihak BMKG dalam satu posting sebentar tadi menyatakan bahawa tsunami yang disebabkan oleh gempa magnitud 7.4 telah berakhir.

 

Sebelum ini, pihak BMKG telah pun mengeluarkan peringatan awal tsunami di beberapa wilayah antaranya Maluku, NTB, NTT, Sulawesi Selatan, dan Sulawesi Tenggara.

Dalam masa sama, gempa susulan dengan magnitud lebih dari 5.0 turut dilaporkan berlaku pada pukul 10.47.02 (waktu tempatan). Gempa tersebut berlokasi di 129km BaratLaut Maumere, Sikka, NTT.

Sumber: LiputanTwitter BMKG

About admin

Check Also

“Puak LGBT M4kin Berpuak4!”- Pu Syed SeIar Tind4kan Sifu Lentik

  Nama PU Syed bukanlah asing lagi di kalangan wargamaya. Sifat beliau yang tegas tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.