Terik.at deng4n pr0sedur b4ru Tanah Suci, Nana Mahazan pohon doa urusan umrah bersama keluarga dipermudahkan

 

“Saya memang teru.ja nak jejakkan kaki ke Tanah Suci. Ia bakal menjadi pengalaman pertama saya dan suami”, itu jawapan diberikan kepada pengacara dan selebriti Nana Mahazan saat ditanya mengenai rancangannya yang dijagka untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun hadapan.

Nana berkata, dia sudah berurusan dengan beberapa age.nsi pelancongan umrah, bagaimanapun dia dimak.lumkan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menunaikan umrah.

“Saya bercadang untuk membawa kedua ibu bapa, suami dan anak-anak menunaikan umrah pada Februari tahun depan.

Tapi mal.angnya pihak agensi pelanc.ongan memberitahu yang saya tidak boleh membawa anak-anak bersama kali ini kerana itu adalah prosedur baharu untuk ke Tanah Suci.

Menurut Nana, itu bakal menjadi umrah pertamanya jika segala perancangan untuk ke sana dipermudahkan.

Maka dia juga amat berharap impian untuk membawa dua anaknya menunaikan ibadah umrah tahun depan dipermudahkan.

“Saya anggap apa yang berlaku ini adalah du gaan yang Allah berikan. Saya percaya pasti ada jalan terbaik untuk bawa anak-anak ke sana.

“Doakan semoga urusan saya dipermudahkan. Saya memang sudah berhajat untuk tunaikan umrah tahun depan,” katanya.

Nana  mula mengenakan hijab sekitar Ogos lalu.

Bernikah dengan seorang mualaf,Raqeem Brian Abdullah yang berasal dari Sarawak pada 6 Jun 2009, pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, iaitu, Althea dan Aaqib.

Sumber:HM

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.