“Sudah Tib4 Masanya Untuk Kemb4li Aktif Menjadi Hos,” – Setahun Menet4p Di Australia, Dayah Bakar Kembali Ke Tanah Air Bersama Kapten & Fahri

 

Selepas setahun menetap di Canberra, Australia bersama suami, Kapten Muhammad Hanif dan anak lelaki, Achbar Muhammad Fahri, bekas pengacara program bual bicara Borak Kopitiam, Dayah Bakar kembali ke tanah air.

Kembali ke Malaysia

Muat naik sebuah rakaman video di Instagram (IG), Dayah akui berasa sed1h untuk meninggalkan bumi Canberra yang menjadi saksi pertemuannya dengan suami selepas berpisah disebabkan tuntutan kerja.

Bagaimanapun, kata Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, sudah tiba masanya dia aktif mengacara semula.

Pertemuan dan perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah . Lagi-lagi, bila semakin rapat dan menjadi seperti keluarga. Banyak waktu yang diluangkan bersama, banyak memori juga yang tercipta di bumi kangaroo.

Sejujurnya, saya sed1h untuk pergi, tetapi pada masa yang sama, saya tidak sabar untuk bertemu keluarga saya di rumah. Saya juga tahu sudah tiba masanya untuk kembali aktif menjadi hos.

Saya berdoa agar kita semua akan bertemu semula suatu hari nanti, saya percaya kita akan. Alhamdulillah, selamat sampai semuanya. Kembali ke tanah tumpahnya darahku, Malaysia.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat teruja dengan kepulangan Dayah bersama keluarga kecilnya. Namun, tidak dapat dipastikan berapa lama Kapten Hanif akan berada di Malaysia.

Terdahulu, Dayah mengikut suami berpindah ke Australia pada Januari lalu. Dayah dan Kapten Hanif mendirikan rumah tangga pada 2018 dikurniakan cahaya mata, Achbar Muhammad Fahri berusia setahun.

Sumber: Oh Bulan

About admin

Check Also

Ber4ng Pelajar Tidur, Guru Dirak4m Pukul, Seret Dan Tolak Pelajar Ke Lantai

  Seorang pelajar di sebuah sekolah di China dilaporkan telah dipukul oleh seorang guru selepas dia dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published.