Gara-Gara Kek4sih Minta Putus, Remaja Nek4d Panjat Menara Komunikasi, H4nya Turun Balik Bila Buah Hati Datang Pujuk

 

Seorang pemuda dari Probolinggo, Indonesia nekad untuk terjun dari menara setinggi 80 meter bagi gara-gara teman wanitanya ingin berpisah dengannya, lapor portal Detik News.

Proses penyelamatan itu juga difahamkan mengambil masa kira-kira tiga jam. Pelbagai cara yang dilakukan oleh petugas. Antaranya ialah dengan membawa bekas kekasih pemuda itu untuk memujuknya turun ke bawah.

Selepas dipujuk oleh ibu dan bekas teman wanitanya, pemuda tersebut akhirnya turun. Walau bagaimanapun, selepas 20 meter dia turun dari menara tersebut, pemuda itu kehabisan tenaga dan menjadi lemah sehingga tergantung pada besi di menara itu.

Pegawai serta petugas penyelamatan segera naik menyelamatkan pemuda tersebut. Selepas berjaya membawanya turun, pemuda itu terus digegaskan ke Hospital Dr Mochamad Saleh untuk rawatan lanjut akibat dehidrasi dan pemulihan mental.

Pemuda yang berusia 20 tahun itu telah memanjat menara milik salah satu syarikat telekomunikasi di Jalan Sunan, Gunung Jati, Indonesia.

Ketika berada di atas, pemuda tersebut kelihatan sedang duduk termenung. Beberapa kali juga dia tampak seperti terpinga-pinga dan berbaring di atas menara itu.

Bagi menghalangnya daripada melakukan tindakan diluar jangkaan, keluarga serta polis cuba memujuknya dengan menggunakan alat pembesar suara.

Walau bagaimanapun, pemuda tersebut tetap tidak menghiraukan permintaan keluarga serta petugas berkenaan.

Salah seorang penduduk yang bernama Sulaiman mengakui bahawa dia sempat berbincang dengan mangsa. Ketika itu, mangsa menyatakan bahawa dia kecewa kerana teman wanitanya meminta putus daripadanya.

Mangsa juga difahamkan ada memberitahu bahawa dia merancang untuk menaiki menara itu. Sulaiman berasa terkejut kerana apa yang dirancang mangsa itu sebenarnya adalah benar. Sulaiman turut bersyukur mangsa berjaya diselamatkan.

“Sempat diberitahu bahawa dia stress kerana putus cinta dan mahu memanjat menara itu. Ingatkan hanya bergurau, rupanya dia betul-betul naik. Mujur ramai penduduk dan pegawai serta petugas penyelamatan yang berada di lokasi dapat menyelamatkannya,” kata Sulaiman.

Sumber: Detik News

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.