Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada (Kuning), dan amaran cuaca buruk(Jingga) yang dijangka akan berlaku sehingga 18 Disember 2021 ini.
Amaran cuaca waspada dan cuaca buruk yang dikeluarkan pada jam 3.25 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
BURUK: Hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga 18 Disember 2021:
-Kelantan
-Terengganu
WASPADA: Hujan berterusan dijangka berlaku sehingga 18 Disember 2021:
-Kedah: (Baling, Kulim dan Bandar Baharu)
-Pulau Pinang
-Perak
-Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan)
-Selangor: (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor)
Orang ramai yang tinggal di kawasan berhampiran dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai dengan cuaca buruk ini.
Sumber: @mynadma