“Ya 4mpun dato” – Dato Vida Beri Respon Susulan Pengaku4n Rossa Tak Kenal Siapa Iqbal

 

Kecoh di media sosial semalam, tularnya satu video temubual bersama penyanyi terkenal dari negara seberang, Rossa berkenaan isu dirinya dan bekas pembantu Dato’ Seri Vida, Iqbal Zulkefli.

Menerusi video berkenaan, Rossa yang kelihatan agak bingung mengakui dia tidak mengenali siapa Iqbal dan mereka hanya bersua sekali sahaja semasa majlis tayangan filem Love Knots di Jakarta, Indonesia.

Pun begitu, Iqbal yang meninggalkan komen di Instagram portal berita berkenaan berkata, dia memang berniat untuk mengenali Rossa namun itu tidak bermakna dia mahu terus berkahwin.

Dato’ Vida buat video perli Iqbal?

Susulan tular isu tersebut, Dato’ Seri Vida menerusi satu video di TikTok telah memberi respon berkenaan hal tersebut selepas ramai di kalangan netizen katanya telah ‘tag’ namanya di video Rossa.

Menerusi video berkenaan, disertakan klip saat Rossa mengatakan dia tidak mengenali Iqbal dan diikuti dengan beberapa siri video Dato’ Vida sedang ketawa berkali-kali. Uishhh lain macam ni!

Ramai tag saya. Ok saya dah respon,” tulisnya.

“Cara paling win yang saya jumpa untuk perli ex” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut sejujurnya agak terkejut dengan respon dari usahawan kosmetik tersebut yang ‘gelakkan’ Iqbal berkenaan isu itu.

Namun ramai juga yang mengatakan mungkin Dato’ Vida hanya berjenaka saja dan tidak berniat pun untuk buat mana-mana pihak sakit hati.

Sumber: Lobakmerah

About admin

Check Also

“Puak LGBT M4kin Berpuak4!”- Pu Syed SeIar Tind4kan Sifu Lentik

  Nama PU Syed bukanlah asing lagi di kalangan wargamaya. Sifat beliau yang tegas tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.