(Video) TERKINI: Port Klang Diland4 Banjir, Tular Rakam4n Keadaan Sem4sa Din4iki Air

Susulan hujan lebat yang melanda sejak siang tadi, kawasan pelabuhan Klang dipercayai telah dilanda banjir kilat sehingga menganggu pergerakan lalu lintas.

Menerusi beberapa video dan gambar yang dimuatnaik oleh pengguna media sosial, air dilihat memenuhi jalan raya dan jambatan, menyebabkan orang ramai ‘tersadai’ dan tidak dapat melalui jalan tersebut.

Individu yang dari tempat kerja juga dipercayai masih lagi tidak dapat pulang ke rumah masing-masing kerana berada dalam kesesakan lalu lintas sejak petang tadi.

Ada penduduk yang mengatakan bahawa banjir kilat yang berlaku itu merupakan kejadian pertama kali berlaku sepanjang tinggal di situ.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini.

Dalam pada itu, Tenaga Nasional Berhad menerusi Twitter sebentar tadi memaklumkan bahawa beberapa pencawang elektrik di Pelabuhan Klang mengalami gangguan bekalan akibat hujan dan banjir kilat itu.

 

Semoga semuanya baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Twitter, Facebook

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.