Dipercayai T4kut Masuk Neraka, Kis4h Lelaki Mint4 Dikuburk4n Dengan Duit, Untuk ‘Sogokkan’ Di Alam Sana

 

Setiap yang hidup, pasti akan merasa kematian. Hanya menunggu giliran sahaja. Biasanya, seseorang yang hidup itu akan meninggalkan wasiat kepada keluarganya sebelum dia meninggal dunia.

Terdapat satu kisah unik dari negara Uganda yang menceritakan tentang seorang lelaki yang ingin dikebumikan dengan wang miliknya.

Lelaki tersebut telah membuat wasiat supaya jenazahnya dikebumikan bersama wang tersebut sekiranya dia meninggal dunia.

Lelaki itu telah memberikan wasiat kematian tersebut kepada isterinya, yang meminta memasukkan wang bernilai USD 55,000 atau bersamaan dengan (RM 232017.50) di dalam kerandanya.

Lelaki tersebut dilaporkan telah meninggal dunia pada 17 Disember 2016.

Difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang ahli politik yang juga pelaku rasuah. Dia dilaporkan percaya bahawa dia boleh ‘merasuah’ di alam sana dengan hartanya supaya tidak masuk ke dalam neraka.

Malah, dia yakin bahawa wang tunai masih berguna dalam kehidupan seterusnya selepas kematian.

Lelaki itu berpendapat bahawa wang itu akan diberikan ketika ‘Hari Penghakiman’ sebagai persembahan supaya dosanya dapat diampuni.

Kemudian, setelah sakitnya berpanjangan, beliau meninggal dunia dan dikebumikan di rumahnya yang terletak di Kampung Adag-ani, Daerah Lira.

Bukan setakat duit, dalam kerandanya juga turut dimasukkan logam yang harganya dianggarkan lebih daripada USD 5 juta.

Walau bagaimanapun, setelah pengebumian tersebut menjadi kontroversi, kubur lelaki itu terpaksa digali semula seminggu kemudian untuk membawa keluar wang tersebut.

Wang tunai yang dikebumikan itu dilaporkan telah dikembalikan kepada keluarganya semula.

Sumber: Indo ZoneCord MagazineAfrica News

About admin

Check Also

Dua negara berbaIah as4l usul silat, sekali ini respon pel4kon ‘Mat Kilau’ sendiri, Yayan Ruhian

  ISU mengenai asal usul silat sering menjadi topik perbualan dan perb4lahan netizen di media sosial. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.