“Pakcik S4ya Sejuk” [20 Gambar] Men4ngis Kita Bila Melih4t Bayi Dan Pes4kit Kronik Meminta Pertolong4n

Keadaan Banjir Semakin Teruk. Sejak malam Semalam Lagi, beberapa perkongsian di laman sosial keadaan mangsa-mangsa yang terperangkap disebabkan banjir telah tular.

Pelbagai lapis usia terkandas dalam suasana yang sangat berbahaya kerana air naik mendadak sehingga terpaksa duduk di atas bumbung untuk menyelamatkan diri.

Salah satunya berkenaan 100 penduduk Taman Sri Nanding yang berlindung lebih 12 jam di atas bumbung Surau Al Munir Taman Sri Nanding dalam keadaan hujan dan sejuk menanti bantuan.

Ramai yang terperangkap lagi
Menerusi Sinar Harian, salah seorang penduduk Taman Sri Nanding yang berjaya keluar ke tempat lebih selamat sebelum air naik, Puteri Nadia Natasha Mohamed Ramzan, 24 memaklumkan yang dia mendapat khabar dari rakannya yang masih terperangkan tentang situasi tersebut.

Saya antara penduduk yang menetap di Taman Sri Nanding, namun sempat menyelamatkan diri keluar dari kawasan bencana.

“Namun ada beberapa rakan yang tidak sempat keluar terpaksa berlindung atas bumbung surau sementara menunggu bantuan tiba,” katanya

Menurut Puteri Nadia lagi, apa yang menyedihkan adalah terdapat bayi dan warga emas yang menghidap penyakit kronik turut berlindung di atas bumbung surau memandangkan air naik dengan tiba-tiba tanpa mereka sempat berbuat apa-apa.

“Rumah kami kebanyakannya sudah tenggelam dan keadaan semakin teruk apabila air dari Sungai Pangsun melimpah deras ke penempatan penduduk.”
“Banyak kerugian harta benda dialami dan sebahagian kereta yang tidak sempat diselamatkan tenggelam selain operasi menyelamat berdepan kesukaran,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, menerusi maklumat terbaru, operasi menyelamatkan oleh pihak Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (ATM) sedang digiatkan dengan membawa mangsa menaiki bot ke tempat yang lebih selamat.

Tular video dan gambar berada atas bumbung
Terdahulu, beberapa perkongsian di media sosial menunjukan penduduk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat duduk di atas bumbung surau mendapat perhatian ramai.

Rata-rata yang kami lihat warganet memberi respon dengan membuat perkongsian semula agar perkara tersebut viral dan mendapat perhatian pihak penyelamat yang kini sedang giat menjalankan operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan terjejas teruk.

 

 

 

 

Admin Mohon Kita Semua Terus Berdoa ya. Semoga dipermudahkan semua urusan mereka

Sumber : fb

About admin

Check Also

“Bersongkok Tapi P4kai Singlet?”-PU SYED Beri Tazkirah ‘Free’ Pad4 Aliff Syukri

Pencetus Ummah (PU) dan pendakwah bebas, PU Syed Bakri tampil memberikan sedikit ‘tazkirah’ kepada usahawan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.