Ribut Petir Dij4ngka Berl4ku Di Utara Semenanjung H4ri Ini & Esok

Ekoran daripada sistem tekanan rendah, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan berkemungkinan ribut petir dijangka berlaku di negeri-negeri utara Semenanjung pada hari ini, Selasa 21 Disember dan Rabu 22 Disember 2021.

Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata ramalan tersebut adalah susulan daripada sistem tekanan rendah kini berada di kedudukan 4.8’U 93.7’T di Laut Andaman.

Sistem tekanan rendah ini dijangka bergerak ke arah timur menghampiri utara Selat Melaka. Kemungkinan sistem ini meningkat ke tahap Lekukan Tropika adalah rendah, sekali gus keadaan ini boleh menyebabkan ribut petir di negeri-negeri utara Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai di kawasan yang terlibat untuk lebih berwaspada.

Terdahulu, hujan lebat tanpa henti sejak pagi Jumaat lepas telah menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Selangor dan beberapa negeri termasuk Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka dilanda banjir dengan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

 

Sumber: BERNAMA / Astro AWANI

About admin

Check Also

“An4k Kata Nak Balik Terus..”- Ayah Seb4k, Dedah Kata2 Akhir Arwh, Rupanya Dah Beri

  Rentetan insiden membabitkan lima sekawan pada awal pagi tadi, bapa kepada salah seorang pelajar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.