Sejak hujung minggu lalu, banyak jalan di Kuala Lumpur dan negeri Selangor ditutup akibat ditenggelami air berikutan taburan hujan yang tinggi. Bukan sahaja melambatkan proses penghantaran bantuan kepada mereka yang terjejas, malah orang awam juga berdepan kesukaran untuk berpindah atau bergerak ke lokasi lain.
Phone takda bateri, menangis stuck sorang-sorang di bus stop…tiba-tiba nampak suami datang. Itulah situasi yang turut dilalui oleh Andi Harliza yang tersangkut di sebuah perhentian bas di TTDI kelmarin. Keadaan malah tidak berpihak kepadanya apabila telefon pintarnya telah kehabisan bateri dan tiada powerbank ketika itu. Tatkala wanita tersebut nangis mengenangkan dugaan yang menimpa, namun tiba-tiba suaminya muncul berjalan kaki ke arah bus stop tersebut.
Rupanya dia memang jalan kaki 20km cari saya yang lost contact…I love you suami. Mereka singgah ke sebuah stesen minyak untuk urusan tandas dan mengalas perut terlebih dahulu, sebelum berjalan kaki sejauh 20km untuk pulang ke rumah di Sek. 11 Shah Alam. Selain melihat keadaan sekeliling yang masih dinaiki air, Andi Harliza dan suaminya malah terpaksa meredah banjir hingga ke paras pinggang. Tak cukup dengan itu, mereka turut menyampaikan informasi keadaan jalan tersebut kepada pengguna jalan raya lain yang tersangkut akibat kesesakan juga.